bajet takda ke untuk saya... |
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Bajet 2013 tidak mengutamakan insentif untuk rakyat tetapi lebih banyak kepada kroni dan golongan atasan.
Sambil mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 itu, beliau berkata: "Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), adalah insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas).
"Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang..
“Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat," katanya sambil menegaskan, "..tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.
“Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen.
“Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan),” tegasnya.
Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku.
Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan.
“Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.
“Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran,” tegas Anwar.
0 comments