Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , wilayah - Pulau Pinang laksanakan banyak program Islam: Salleh Man


Sebagai pembuka kata, ingin saya memetik sebuah kiasan berhubung seseorang pemimpin memandangkan waktu pun semakin pendek kerana sepertimana dijangka pilihanraya umum semakin dekat.
Yang didahulukan selangkah
Yang ditinggalkan seranting
Yang dilebihkan serambut
Yang dimuliakan sekuku
Ungkapan ini setegasnya membawa pengertian bahawa antara pemimpin dan rakyat hanya dijarakkan sekadar didahulukan selangkah dan ditinggikan seranting sahaja, sehingga mudah dijangkau dan dihubungi.
Pemimpin dan rakyat hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan akrab dan persebatian sebagaimana ungkapan bagaikan aur dengan tebing atau bagaikan kuku dengan isinya..
Begitulah yang diberikan kepercayaan, yang diberikan kekuasaan dan, yang diberikan beban berat, yang diberikan tanggungjawab, yang dikat janji dan sumpah dan yang disimpai petua amanah.
Sebagai ahli yang berhormat yang lagi amanah..tentunya kesemuanya akan berkata benar …tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Lantaran itu .. apa yang benar hendaklah diakui benar di samping inspirasi untuk terus berusaha ke arah meningkatkan lagi pencapaian dan kemajuan negeri Pulau Pinang yang kita cintai ini.
Pulau Pinang sejak kebelakangan ini terus maju dan meningkat daripada segi pertumbuhan ekonominya dan unjuran 2012 juga akan berkembang sehingga 6.3 peratus. Pulau Pinang juga terus mencatat jumlah pelaburan sektor pembuatan paling tinggi iaiatu RM9.1 bilion melebihi sasaran RM6.1 bilion dengan catatan pelaburan asing berjumlah 21 peratus.
Kenyataan ini adalah perkara benar. Ia bukan rekaaan pihak kerajaan negeri tetapi kejayaan ini terjadi hasil kepimpinan berintegriti, akauntabiliti dan telus, serta bukti jelas yang menunjukkan keyakinan pelabur yang tinggi pada urus tadbir cekap kerajaan pakatan rakyat.
Pulau Pinang kini lebih bersih dan aman. Ini juga hasil daya usaha kerajaan negeri yang berjaya mengenalpasti punca permasalahan yang berlaku. Sebelum 2009, banjir adalah satu fenomena biasa, khususnya di kawasan pulau di Pulau Pinang.
Pulau Pinang juga pernah diberi gelaran Darul Sampah oleh media arus perdana mungkin kerana status kekotoran yang melampau.
Bertahun-tahun gelaran itu terpalit pada Pulau Pinang. Oleh kerana telah menjadi kebiasaan..umpama alah bisa tegal biasa, maka ia seakan sebati dengan kehidupan rakyat di Pulau Pinang.
Namun kini… kejadian banjir semakin berkurangan atau malahan tidak berlaku langsung, khususnya di bahagian Pulau sejak kebelakangan ini. Seketika dulu saban hujan dan disokong dengan air laut yang pasang maka Jalan P Ramlee akan menghadapi musibah banjir.
Kini Pulau Pinang lebih bersih, lebih hijau, lebih nyaman. Ini adalah hasil program Cleaner, Greener, Safer dan Healthier Penang yang dilaksanakan kerajaan negeri. Inilah hasil daripada inisiatif kerajaan negeri untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan hijau serta kondusif untuk kehidupan.
Lantaran usaha kerajaan negeri ini, ia telah membolehkan Pulau Pinang menjadi Bandaraya paling sesuai didiami atau dengan izin the most liveable city di Malaysia.  Mengikut ECA International, negeri Pulau Pinang mencapai status lebih liveable berbanding Kuala Lumpur pada tahun 2011 dan diulangi pada 2012. Ini membuktikan bahawa program yang dilaksanakan kerajaan negeri mencapai sasarannya.
Pun begitu.. kejayaan ini tidak pernah mendapat perhatian media arus Perdana. Walaupun melaporkan yang benar adalah perkara asas dalam basic reporting, khususnya untuk menjaga dan memelihara kesihatan manusiawi keseluruhannya...ia tetap tidak mendapat tempat media arus perdana. Namun demikian, media arus perdana tidak menafikannya. Maka ia adalah benar bahawa Pulau Pinang kini lebih bersih dan aman.
Apakah media arus Perdana gagal melihat perkara seumpama ini untuk diberi perhatian positif ? Atau apakaha media arus perdana bimbang jika ia dilaporkan maka akan memberi gambaran bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini telah berjaya dan lebih bagus pengurusan pentadbiran daripada kerajaan terdahulu.
Walaupun ia adalah perkara yang benar, ia tetap tidak mendapat perhatian media arus perdana kerana seperti dimaklumi lebih terkongkong dengan pemikiran hanya untuk mencari keburukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Maka benarlah seperti kata kebanyakan pengamal media bahawa pemikiran wartawan media arus perdana Malaysia telah terjajah dan dikongkong dengan idealisma mendaulatkan apa jua yang dikehendaki oleh taukenya.
Kejayaan melahirkan sebuah negeri yang Bersih dan aman diduduki ini adalah hasil kejayaan program kerajaan negeri. Lantaran itu, saya merasakan bahawa peruntukan sebanyak RM16.15 juta yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi 2012 untuk mengatasi banjir itu adalah baik tetapi masih boleh dipertingkatkan lagi.
Saya juga ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini… mengenai sikap media arus perdana yang bukan sahaja mencari salah dan silap kerajaan negeri semata-mata. Kebaikan tidak dipandang tetapi keburukan yang dicari.
Kadang-kala saya juga pelik dengan laporan media perdana yang berterusan “buta hati” melaporkan dengan memberi gambaran konon wakil rakyat Umno-BN yang sebagai parti kerajaan yang memerintah, manakala pakatan rakyat sebagai pembangkang.
Ini kerana kerap kali ahl-ahli yang berhormat daripada Pakatan Rakyat di Dewan Undangan ini dirujuk sebagai pakatan pembangkang, sedangkan Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang.
Jika beginilah sikap pengamal media arus perdana ini, seeloknya saya cadangkan mereka tidak perlulah menghadiri atau membuat laporan mengenai persidangan dewan undangan negeri ini.
Saya juga kesal kerana media arus Perdana khususnya RTM tidak melaporkan langsung mengenai perasmian persidangan ini, khususnya majlis perasmian oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas.
 Apakah ini juga satu arahan dari kementerian berkenaan agar ucapan Tun juga jangan diberi perhatian sama sekali kerana apa yang diucapkan Tun itu benar.. dan apa jua yang benar tidak wajar dilaporkan.
Kesimpulannya, sepertimana catatan terbaru oleh Freedom House mengenai Rangking Kebebasan Media 2012…dek kerana sikap dan kongkongan pemerintah maka kebebasan media di Malaysia jatuh terperosok jauh ke belakang, malahan berada di bawah kebebasan media di Monggolia.
Malaysia berada ditangga 144 daripada 197 negara, sedangkan Mongolia ditangga ke 80. Begitu juga dijika dibandingkan dengan Papua New Guinea (ke-54) dan Bangladesh (ke-111). Keadaan ini tidak perlu penghuraian lebih panjang kerana ia menceritakan segalanya dan ini sangat memalukan.
Usaha kerajaan negeri Pulau Pinang yang tidak pernah meminggirkan kepentingan umat Islam juga seharusnya dipandang tinggi. Dalam sejarah Pulau Pinang, untuk pertamakalinya kerajaan negeri memperuntukan amaun yang tertinggi pernah direkodkan iaitu RM64.03 juta bagi tujuan hal ehwal agama islam bagi tahun 2012.
Angka dan komitmen ini tidak boleh disangkal, kerana ia membuktikan bahawa tohmahan yang dilemparkan pada kerajaan negeri konon tidak mempedulikan hal ehwal agama Islam adalah sama sekali tidak berasas. Jumlah ini tersangat jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun semasa pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini.
Untuk tempoh dua tahun akan datang juga, kerajaan negeri akan juga terlibat dalam membina tujuh buah masjid baru bagi mengantikan masjid-masjid lama. Meskipun ia turut mendapat peruntukan kerajaan persekutuan, ia hendaklah dilihat sebagai satu kerjasama dan komitmen kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam. Kerjasama itu memang sepatutnya terjalin memandangkan penyediaan infrastruktur adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan.
Namun demikian, adalah diharapkan pembinaan lebih banyak masjid ini  sewajarnya turut mendapat perhatian ahli-ahli berhormat di kawasan berkenaan. 
Masjid yang dibina berjuta-juta ringgit tidak wajar sekadar menjadi mercu tanda infrastruktur awam yang cantik pada pemandangan mata...tetapi hendaklah di imarahkan dan sebagai pemimpin setempat, wajiblah mendepani hal seumpama ini agar masjid sentiasa ramai jemaahnya.
Ingatlah masjid hendaklah menjadi sebagai tumpuan utama umat Islam dan selaku pemimpin kawasan berkenaan, hendaklah berusaha sedaya upaya untuk turut sama memimpin di masjid-masjid berkenaan. Ingatlah pemimpin yang dipilih yang gagal berbuat demikian, maka pastinya akan dipersoalkan di kemudian hari.
Pemimpin bertanggungjawab  menentukan ke arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa.  Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam masyarakat berkait  rapat dengan agenda yang dibawa oleh pemimpin.

Banyak nas syara’ yang  menekankan fungsi pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengesahkan bahawa pemimpin mempunyai implikasi besar kepada corak atau pola perlakuan pengikut.

Jika pemimpin khususnya yang beragama Islam memberi perhatian dan tumpuan pada usaha memakmurkan masjid-masjid ini, ia tentu akan memperkembangkan lagi peranan masjid.

“Hanya yang layak memakmurkan masjid ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan pada ALLAH (dengan adanya sifat-sifat tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk.” Surah AtTaubah Ayat ke18.

Pembinaan kompleks Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang di atas tanah seluas 3.49 ekar bernilai RM36.5 yang disediakan kerajaan negeri di Jalan Scotland juga akan pastinya menjadi satu mercu tanda baru.
Ini juga membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak menghalangi usaha murni untuk memartabatkan Islam sebagai agama rasmi Negara.
(Ucapan semasa usul TERIMA KASIH PADA Tuan Yang TerutamaYang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas merasmikan mesyuarat pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 30 April 2012)


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers