Isu Vale, Teluk Rubiah ini tetiba menjadi besar dan kini ia menjurus ke arah untuk memerangkap DS Nizar Jamaluddin. Itu motif asas oleh DS Zambry Ak semasa persidangan Dun Perak beberapa hari lepas. Ia telah dirancangkan dengan baik untuk memerangkap Nizar pada persidangan Dun itu.
Apabila DS Tajol bertanya sama ada benar atau tidak surat sokongan mengenai projek Vale itu..tentulah Nizar tidak mampu menolaknya kerana tertera tandatangan Nizar di situ. Wal hal itu baru hanya surat sokongan dan Zambry yang merampas kerusi Menteri Besar daripada Nizar mempunyai beberapa tahun untuk membatalkan projek itu.
Surat Nizar itu bertarikh Disember 2008, dua bulan sebelum runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat. Lantaran itu tempoh waktu kajian dan pelaksanaan adalah di bawah bidang kuasa Zambry dan kuncu-kuncu nya.
Zambry hanya perlukan perkataan ya dari Nizar untuk mengakui surat sokongan itu..dan terus melemparkan dakwaan bahawa Nizar adalah seorang pembohong besar kerana menjadi pemprotes pada projek yang dia sendiri luluskan.
Kenapa Zambry lempar batu sembunyi tangan ?
Kes ini menjadi sangat delicate dan sensitif kerana rakyat sebenarnya tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Vale hanya sebuah syarikat dari Brazil yang membeli tanah disitu untuk menjalankan pelaburannya. Itu Vale.
Namun yang menjadi persoalannya ialah siapa dan siapan yang berada sama dalam projek Vale dan Al Hussein telahpun mendedahkannya di dalam blognya http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/04/pendedahan-surat-makan-diri-zambry.html..
Lihat dan buatlah carian siapa-siapakah di dalam Harta Makmur Sdn Bhd. Antara pengarahnya ialah Almarhum YTM Raja Dato Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah dan dipengerusikan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato Seri Dr Isahak bin Yeop Mohamad Shar. Perkara ini bukanlah sulit kerana ia boleh di Google untuk carian. Terdapat Empat lagi anggota lembaga pengarah.
Semaklah pula siapa shareholder dalam Harta Makmur ini yang terbabit dengan Vel itu. Iaitu Tegas Consildated Sdn Bhd dan RAS Sdn Bhd. (Sila semak sendiri siapa).
Zambry memang berniat jahat untuk memerangkap Nizar agar mendedahkan perkara ini. Nizar bijak kerana mencabar Zambry agar mendedahkan hal ini sendiri dan percayalah Zambry tidak akan ada kekuatan berbuat demikian.
Zambry tidak akan mendedahkannya, maupun Tajol Rosli yang terlepas kuasa MB kepada Zambry.
Nizar tidak mahu terperangkap dengan niat busuk Zambry ini kerana ia bakal membawa kepada hal yang mungkin tidak manis.
Berasaskan laporan kewangan yang diaudit pada 31 januari 2010, Harta Makmur memiliki tanah di Mukim Lumut atau Teluk Batik itu. Tanah berkenaan dinilai oleh TD Aziz Sdn Bhd.
Melihat pada tarikh-tarikh berkenaan, jelaslah kesemuanya berlaku pada zaman Zambry.
Keadaan itu semakin menarik apabila Harta Makmur yang pada mulanya dikata akan memajukan tanah seluas 1,250 ekar di Teluk Rubiah itu untuk pembangunan resort telah menjual sebahagian besar daripadanya untuk projek Vale itu dengan keuntungan yang besar.
Pada 8 FEB 2010, dan 11 Oktober, Harta Makmur telah menjual pemilikan tanah itu (seluas 1,165 ekar) kepada Vale International SA dan Vale Malaysia Manufacturing sdn Bhd.
Tepuk dada tanyalah diri sendiri.
-
0 comments