Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , wilayah - Nizar tandatangani surat sokongan bukan surat kelulusan

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui  menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan. 


Memang sebagaimana mana-mana Menteri Besar, akan memberi sokongan pada mana-mana syarikat yang mahu melabur dalam negeri yang  diurustadbirnya.  


Namun surat sokongan bukan bererti surat kelulusan.


Perlu difahami Nizar menandatangani surat sokongan itu pada 17 Disember,  dan satu dua bulan selepas itu kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirompak Umno-BN.


Sesungguhnya, selaku Menteri Besar Nizar akan memberi surat sokongan berasaskan lampiran perakuan positif atau nasihat pegawai (pengarah) jabatan-jabatan berkenaan mengenai sesuatu projek itu. Adalah tidak mungkin Menteri Besar berbuat sebaliknya.


Pun begitu Nizar mempertahankan bahawa dia memberi sokongan berasaskan lokasi yang berbeza..tapi tentulah Nizar tidak akan dapat membuktikannya kerana tidak dalam poisisi untuk mengaseskan dokumen yang ada di pejabat Menteri Besar lagi. Pun begitu, jika ada sekalipun ia boleh dighaibkan.


Malang buat Nizar kerana tentu tidak berdaya mengemukakan bukti bertulis. Namun hakikat yang nyata ialah jika benar projek itu tidak mendatangkan hasil positif pada negeri Perak., DS Zambry Abdul Kadir yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Nizar masih boleh membatalkannya. Zambry tidak berbuat demikian walaupun memiliki waktu yang panjang daripada Nizar iaitu bermula Disember 2008.


Nemun ditegaskan sekali lagi ialah surat sokongan bukan bererti surat kelulusan. Ia masih tertakluk pada lapuran alam sekitar dan sebagainya..


Perkara itu diakui Nizar selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya. 


“Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar,” kata Mohammad Nizar. 


Zambry berkata isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu. 


Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh. 


Pakatan Rakyat mencadangkan tetapi yang meluluskan ialah Umno-BN.


Zambry berkata soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Mohammad Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang. 


Vale mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Dis 2008, kata Zambry. 


“Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lesen 
pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri,” katanya. 

Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. 

1 comments

  1. alhusseyn says:

    DS Zambry Abdul Kadir yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Nizar masih boleh membatalkannya. Zambry tidak berbuat demikian walaupun memiliki waktu yang panjang daripada Nizar iaitu bermula Disember 2008.
    =====================================
    Saya suka kenyataan ini. Come and read mine - http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/04/pendedahan-surat-makan-diri-zambry.html

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers