Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu semasa - Nasi hujan untuk kenduri kena kebas

Nasi kenduri kena kebas..

“Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, Pulau Pinang pada  4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini. Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya.

Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.

“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.

“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.

Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.
Tags: isu semasa

1 comments

  1. Tak masuk akal la.. cube perjelas sikit isu nih. Parti Pembangkang di P.Pibang bukan ke UMNO-BN? kenapa plak terbabit program kerajaan Negeri?

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers