Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics sketsa - Kapal selam Scorpene tak sesuai dengan cuaca di Malaysia.. he he

Ada seorang guru dari Terengganu mengirim khabar bahawa guru-guru di negeri itu diminta hadir sessi Bicara Intelek. Itu sudah kali kedua dia hadir bersama beberapa guru dari Kuala Terengganu.

Entah apa tujuan sebenar tidak diketahui tetapi yang tersirat ialah berusaha mempengaruhi pemikiran guru-guru agar melihat kerajaan yang ada sebagai yang terbaik, manakala yang lain (pembangkang ler n khususnya Pakatan Rakyat) itu tidak dinamis dan tidak boleh dipercayai.

Katanya, dalam slot pertama, muncul seorang pegawai tentera berpangkat mejar... maka digoreng dan dikarangilah pelbagai cerita.. alkisah pasal leftenan Adnan di Bukit Candu, Pegawai waran Kanan yang tersohor dan blah-balah blah.

scorpene
Semuanya menunjukkan semangat dan perjuangan tentera yang berani mempertahankan negara. Tiada salahnya tetapi dikesali kerana cuba dikaitkan dengan para pendidik dengan unsur politik ke arah menajamkan pengaruh pemerintah Umno-BN.

Maka, mejar itupun menunjukkan foto si kapal selam Scorpene yang tidak mahu menyelam itu. Hari itu, Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi ada jemput Ketua Menteri Lim Guan Eng menaiki kapal selam itu di Langkawi hanya kerana nak buktikan bahawa ia boleh menyelam.

TETAPI si mejar ini katanya, kapal selam itu menghadapi masalah menyelam kerana ia mengalami masalah keretakan. Katanya ini kerana ia mengalami kejutan perubahan suhu..yakni susu di Eropah tu kan sejuk, sedangkan di Malaysia  panas hangat. Aduh patutlah kapal selam tu dok atas darat lebih banyak daripada menyelam.. gamaknya 


Menurut  info dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini.

Brazilpula dilaporkan menempah 4 buah kapal selam Scorpene dengan harga 8.8 billion dollar(USD) Ini menunjukkan Brazil membayar sejumlah 2200 juta dollar untuk setiap kapal selam mereka. 

Mejar tu siap berkata, pembangkang tak simpan rahsia (tak patut) kerana membocorkan rahsia kapal selam tu di Indonesia. Bior betul..

Beliau kemudian menunjukkan foto Eurocopter..

Maka banyaklah para guru ini terngangga nengok gambor2 tu. Katanya Malaysia beli lebih mahal hargan Eurocopter tu. Nak tahu sebab pa.. hmm sebab Malaysia hanya beli enam biji je.. sebab tu mahal kalau nak banding dengan negara Brazil yang beli 100 biji. Jadi maknanya beli banyak dapat harga lebih murahlah kerana banyak dapat diskaun.

Mejar tu juga tunjuk gambar kapal peronda ? Beliau tanya guru-guru yang lebih banyak diam je.. lalu dia sendiri yang jawab tentulah mahal kerana kita tak boleh buat bandingan antara kancil dan camry..atau ada jenis yang ada special spects..

Banyak lagi lah disebutkan termasuk kes al maunah yang dikatakan bukan sebagai lakonan tentera dan pemerintah kerana baginya siapa yang nak berlakon sehingga mati ?

Selain itu, beliau turut membangkitkan ancaman di sekeliling Malaysia konon  dari Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Maka kerana itu, Malaysia kena persiapkan diri..

Cikgu-cikgu di Terengganu juga kini mudah dapat panggilan minum teh YB-YB. Kata sahabat tu, surat jemputan minum teh diedar pada guru-guru. 


Baru-baru ini, khabar cikgu itu, ahli Parlimen Kuala Nerus menjemput guru-guru minum teh (siap hantor surat jemputan) ..makna bukan wajib lah...Tetapi guru-guru kena tulis nama dan sekolah kalau nak hadir.. he he he kesian cikgu-cikgi la ni kena belit je nak minum teh secawan.. selain mendidik kena didik pulak. 

1 comments

  1. Apa yg tak betulnya ttg kenyataan mejar tu, ttg perbezaan cuaca knp tk logik pulak, kita tk pernah ada kapal selam, kemungkinan kepada kerosakan teknikal sentiasa ada. Ttg pembelian eurocopter kenapa lak tiada kebenaran beli byk dn beli sedikit mmg ada perbezaan harga. Sila lihat satu blog askar setia yg byk memberikn info ttg dunia tentera. Apa lg yg tk percaya ttg kebocoran maklumat, setiap kali kita bercakap ttg aset tentera setiap itula kita membocorkn rahsia keselamatan ng pd ng luar. Yg jadi masalahnya ialah kita menutup mata hati utk kebenaran. Mgkn peg tentera itu berniat baik utk menceritakan apa yg akan berlaku kpd ng kita jika faktor ketenteraan kita politikkn.

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers