Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - nasional - Hasan menyelar individu bergaji tinggi

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempersoalkan tindakan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Ini kerana masa dia jadi Exco Kerajaan Negeri, beliau tidak menerima elaun exco kecuali elaun sebagai ahli dewan undangan negeri sahaja. Elaun-elaun mesyuarat lain pun dia tak terima... kah ka kah.

Hasan yang tidak iri hati mendakwa, individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.

“Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri ini.

“Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun diterimanya,” katanya yang menyifatkan dirinya sebagai pakar motivasi.

Hasan yang kini gagal memotivasi diri sendiri kini menghadapi masalah kerana gagal mengawal diri sendiri kecuali asyik menyalahkan orang lain, sejak dibuang dari PAS.

Beliau mendakwa, pemecatannya daripada Pas adalah kerana berjuang untuk Islam, Melayu dan institusi diraja (IMR).

Dr Shafiee Abu Bakar (PAS-Bangi) kemudian bangun dan mempersoalkan Hasan sumbangan sebagai Exco Selangor sebelum ini dan mendakwa kemungkinan beliau kecewa akibat dipecat kerana gagal memperjuangkan hal ehal Islam kecuali untuk peribadi.

Ng Sue Lim (DAP-Sekinchan) turut bertanya masa yang diperuntukkan Hasan melibatkan diri dengan orang bukan Islam mengenai dakwaan murtad yang dibuat mereka.

“Saya seorang pakar motivasi, tiada istilah kecewa dalam hidup saya,” katanya.
Tags: nasional

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers