Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - wilayah - Lokasi himpunan hijau2.0 mulai dipagar pihak tertentu

Harapkan padang..padang sudah dipagar pihak berkuasa. 

Demikianlah betapa desperadonya (takut pada bayang-bayang sendiri) pihak berkenaan dalam menghalangi  Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng.

NONELokasi himpunan itu yang dijadualkan Ahad ini, di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) nampaknya terbantut apabila padang itu mula dipagar pihak berkuasa.

Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya.

“Tindakan MPK menggambarkan tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.

“Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawanan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya.

Beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012.

Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa.
bukit komon gold mine 020306 adnan pc
“Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Datuk Seri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang.

“Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malahan, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini,” kata Fuziah.
“Tidak ada sebarang alasan munasabah bagi majlis tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan.

Tags: wilayah

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers