Iklan

Album Abewa

Loading...

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan

Blog Photo

Loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You Are Here: Home - social concern - Usahawan digesa membantu golongan ditimpa musibah

Usahawan dan dermawan hendaklah sentiasa bersikap terbuka untuk membantu orang  ramai yang ditimpa musibah, kata Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang Dato Haji Salleh Man.

Beliau berkata, sikap seumpama ini amat digalakkan kerana ia dapat membantu meringankan bebanan dan kedukaan yang menimpa mangsa-mangsa.

Apabila berlaku musibah, semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama hendaklah bersedia untuk membantu kerana kejadian mala petaka akan melanda tanpa mengenal sesiapa, katanya ketika berucap pada majlis menyampaikan bantuan banjir kepada 105 mangsa ribut di Pinang Tunggal, dekat Kepala Batas.


Dalam kejadian baru-baru ini, rumah-rumah mangsa  mengalami pelbagai kerosakan. Bagaimanapun 36 buah daripada rumah berkenaan yang mengalami kerosakan teruk telahpun diperbaiki.    

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

Penangdaily - Info Lestari