Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , nasional - Pak Berahim mahu kem tentera di Pasir Mas untuk tingkatkan undi BN

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali semakin dekat bau pilihanraya semakin merapu-rapu.


Beliau mahu kerajaan membina kem tentera di kawasan Parlimen yang diwakilinya iaitu Pasir Mas, kononnya sebagai benteng pertahanan dengan sempadan Thailand di samping untuk meningkatkan pengundi 'mesra BN' di situ.

NONE"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata. Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, Kok Lanas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.

Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .

Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.

azlanIbrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut
China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.

"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan."

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.

"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."

"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.

"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni."

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers