Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , political concern - Perlombongan bijih di Teluk Rubiah tidak jejas alam sekitar

Vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia telah mengambil langkah-langkah ketat dalam pembangunan pusat pengedarannya di Teluk Rubiah, di Seri Manjung, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry memberi jaminan bahawa pojek itu tidak akan menjejaskan alam sekitar memandangkan syarikat itu akan mematuhi prosedur Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang ketat.

"Mereka (Vale) menyedari sepenuhnya syarat itu. Saya telah berulang kali memaklumkan kepada mereka bahawa kerajaan negeri tidak akan bertoleransi (sebarang kesan negatif ke atas alam sekitar). Dasar itu jelas," katanya pada sidang media selepas melakukan upacara pecah tanah pusat pengedaran bijih besi  Vale di Seri Manjung semalam.

Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd (Vale Malaysia) juga menyedari mengenai usaha untuk melindungi alam sekitar dengan memmanfaatkan teknologi hijau, katanya.

Vale membuat pelaburan awal sebanyak US$1.37 bilion atau RM4.07 bilion bagi membangunkan fasa pertama kompleks berkenaan dengan kapasiti untuk menampung kapal dan mengendalikan sehingga 30 juta tan bijih besi setahun mulai separuh pertama 2014.

Zambry berkata pematuhan terhadap prosedur EIA adalah antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri terhadap Vale International untuk beroperasi di Teluk Rubiah yang merupakan kawasan pelancongan yang popular.

Dalam ucapannya, Dr Zamri menggesa Vale memastikan operasinya memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Manjung dari segi limpahan ekonomi serta aspek sosial.

Selain menyediakan peluang pekerjaan, katanya syarikat itu wajar melibatkan penduduk tempatan dalam semua urusannya seperti mewujudkan industri hiliran dan mengeluarkan pekerja tempatan mahir menerusi latihan di pusat itu.

Sementara itu, Pengarah Portfolio Vale Malaysia Marcelo Figuiredo berkata projek itu tidak memberi kesan ke atas alam sekitar memandangkan operasinya tidak mengeluarkan habuk ke udara.

"Kami mengambil segala tindakan untuk menangani sebarang kemungkinan menjejaskan alam sekitar hasil daripada operasi kami," katanya.

Beliau berkata fasa pertama projek itu melibatkan pembangunan jeti dan pusat operasi.

"Pada peringkat ini, kami tidak membina kilang. Kapal yang akan digunakan untuk mengangkut produk juga mengeluarkan 30 peratus pelepasan asap yang lebih rendah berbanding kapal lain dalam kategori yang sama," katanya.

Pusat pengedaran Vale di Teluk Rubiah mempunyai kapasiti maksimum 60 juta tan setahun. Dari sini, bijih besi akan diedarkan kepada para pelanggan di Asia Pasifik seperti Jepun dan Australia.

Vale ialah pengeluar terbesar bijih besi dan pallet di dunia, kedua-duanya merupakan bahan mentah utama untuk industri keluli selain nikel yang digunakan untuk menghasilkan keluli tahan karat, bateri, aloi, kimia dan produk lain.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers