BESUT: Seorang pemandu ambulans di Hospital Daerah Besut lebam mata kiri setelah ditumbuk seorang lelaki kerana kononnya lambat tiba untuk membawa isteri lelaki itu ke hospital.
Kejadian di Taman Abdullah, Alor Lintah, dekat Jerteh,, disaksikan seorang Pegawai Perubatan dan dua jururawat yang datang bersama dalam ambulans itu yang dipandu Mahadi Mohd Jaafar, 39.
Mahadi, yang cedera di pipi kiri, memberitahu pemberita bahawa pada 2.30 pagi beliau menerima arahan dari pegawai bertugas untuk mengambil seorang wanita yang mahu bersalin di situ.
Katanya sebelum ke rumah berkenaan, beliau mengambil seorang Pegawai Perubatan serta dua jururawat dan tiba di rumah pesakit 15 minit kemudian.
"Sebaik tiba di rumah itu, seorang lelaki terus marah dengan mengatakan kami lambat sampai dan dia secara tiba-tiba menumbuk muka saya sekali di bahagian pipi dan mata kiri," katanya.

Katanya lelaki itu bagaimanapun ditenangkan anggota keluarganya yang lain. Ketika kekecohan berlaku, Pegawai Perubatan dan dua jururawat itu membantu wanita berkenaan melahirkan sepasang anak kembar.
Mahadi berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Jerteh 40 minit kemudian selepas menghantar wanita dan dua bayi kembar itu ke hospital.

0 comments