Dari sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Penangdaily malam tadi, demontrasi itu dirancang bermula dengan perarakan dari Masjid Kapitan Kling melalui Chulia Street dan Penang Road menuju ke KOMTAR yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mereka yang terbabit turut dikerah membawa sepanduk anti kerajaan.

Demontrasi itu khabarnya diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sendiri.
Demontrasi tanpa permit polis itu dijangka akan disertai lebih 1,000 pemuda Umno negeri dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan pro Barisan Nasional seperti Kimma dan Perkasa.
Semalam, sekumpulan lelaki diketuai oleh lelaki dikenali sebagai Abdul Ghani turut mengadakan demo di ruang bawah Komtar, sebagai membantah tindakan Guan Eng itu.
Demo yang disertai kira-kira 50 orang itu kemudian bersurai selepas gagal untuk menaiki ke pejabat Ketua Menteri.
Sebelum itu, pada paginya, pegawai dan kakitangan kerajaan yang tiba untuk memulakan tugas masing-masing terkejut apabila beberapa tiang dan dinding sekitar bangunan Komtar itu ditampal pelbagai poster mengutuk Guan Eng.
Bagaimanapun ketika wartawan bertanya Ghani sama ada beliau bertanggungjawab, beliau menafikannya.
Perkara berkenaan kini dalam siasatan polis kerana disifatkan sebagai melakukan perkara yang merosakkan harta awam. Pihak pengurusan Komtar juga sedang meneliti siaran CCTV bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab menampal puluhan poster berkenaan.

0 comments