Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , wilayah - JKKK berperanan sampaikan maklumat kerajaan negeri



Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius pada keberkesanan peranan yang boleh dimainkan oleh JKKK dalam menyampaikan maklumat dan menyelesaikan masalah rakyat setempat, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Dato Mansor Othman.

Beliau berkata JKKK selaku pimpinan terdekat dengan rakyat hendaklah sentiasa terkedepan dan peka akan masalah rakyat setempat yang memang memerlukan maklumat segera mengenai sesuatu isu yang berlaku.

“Kerajaan negeri tentunya tidak mempunyai kemampuan terbatas untuk menyalurkan maklumat segera kepada rakyat kerana menghadapi pelbagai kekangan  media,” kata beliau sewaktu merasmikan Kursus JKKK peringkat negeri Pulau Pinang di Batu Feringhi, Pulau Pinang.

Lebih 130 pengerusi dan pimpinan JKKK menghadiri kursus sehari itu yang bersifat menambah baikan ilmu dan strategic pengurusan berkesan di kalangan JKKK. Antara penceramah pada kursus anjuran Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri itu ialah Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Tuan Haji Ismail Yusof dan Pegawai Penerangan  Tuan Haji Anuar Hashim.

Mansor juga berkata kerajaan negeri akan sentiasa mengkaji dari masa ke semasa khususnya daripada segi kemudahan untuk JKKK dan elauan bulanan yang diterima.

Walaupun pelbagai pogram telah dilaksanakan, rakyat sebahagiannya tidak mengetahui akan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri  kerana tidak menerima maklumat, kata beliau.

Kursus berkenaan yang disifatkan oleh keseluruhan peserta sebagai satu medium dan impak baru  untuk memantapkan keterampilan diri dan motivasi JKKK, khususnya diminta dilaksanakan lagi dari masa ke semasa.

Mereka juga meminta agar diadakan kursus pendek untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai kemahiran mengguna media sosial.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers