Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan dakwaan Lim Guan Eng sebagai seorang anti-Melayu adalah tidak berasas memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu pernah dipenjarakan kerana mempertikaikan perbuatan pimpinan Umno terhadap seorang perempuan Melayu.
Mantan Menteri Besar Perak itu berkata, melihat pada apa yang dilakukan oleh Guan Eng pada 1994 itu dan apa yang dilaksanakan pada masa ini untuk orang Islam dan rakyat keseluruhannya di Pulau Pinang, ia bercanggahan dengan apa yang dituduh Umno.
Pada tahun 1994 Guan Eng ditahan polis ekoran kritikannya terhadap cara kerajaan mengendalikan kes membabitkan Ketua Menteri Melaka ketika itu Tan Sri Rahim Thamby Chik yang dikatakan telah mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur (hubungan seks dengan gadis bawah umur = rogol).
Guan Eng kemudian didakwa di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 8(a)(a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, semuanya berkaitan dengan dakwaan kes rogol di atas dan akhirnya merengkok dipenjara apabila dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara.
Rahim Tambi Chik dibebaskan dari tuduhan itu dan baru-baru ini pula dikenakan hukuman denda apabila diadapati bersalah mengedar video lucah.
Nizar berkata, banyak yang telah dilaksanakan oleh Guan Eng termasuk melipatgandakan peruntukan
kepada Sekolah-sekolah agama Islam di Pulau Pinang.
Nizar berkata demikian semasa berucap pada ceramah penerangan sempena Karnival Harmoni Rakyat di Simpang Empat Permatang Buluh, Tasik Gelugor. Yang turut sama berceramah ialah Pengarah Strategik PKR, Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Karnival berkenaan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Haji Salleh Man.
0 comments