Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Headline , wilayah - Agihan zakat dapat basmi kemiskinan tegar: Salleh Man

Zakat adalah salah satu pendekatan yang boleh membantu membasmi kemiskinan dan ia sejajar dengan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan merapatkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan rakyat, khususnya umat Islam, kata Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Dato Haji Salleh Man.

Beliau berkata pada hari ini, mereka di dalam dunia korporat telah memainkan peranan masing-masing kerana mempunyai kesedaran tinggi untuk membayar zakat, yang sekaligus dapat membantu golongan yang miskin. 

"Tentunya dengan bantuan yang disalurkan itu, ia tidak memustahilkan bahawa golongan miskin akan satu hari dapat memperbaiki nasib mereka dan seterusnya mengangkat martabat diri ke tahap lebih baik, " kata beliau.

Beliau berkata sistem zakat adalah satu peraturan yang menganjurkan manusia menjadi pemurah, penyayang dan prihatin terhadap nasib saudaranya yang lain. 

Dalam hubungan ini, ekonomi Islam melalui berzakat adalah paling sempurna serta lengkap, tidak seperti sistem ekonomi kapitalis yang membiak amalan monopoli dan sosialis yang mengamalkan pemerasan. 

"Usaha hendaklah digiatkan bagi membangkitkan kesedaran sejumlah  penyumbang di kalangan ahli korporat dan usahawan Islam sendiri. 

Penyertaan golongan korporat bagi tujuan memacu ekonomi umah  sangat penting dan besar kesannya. Langkah ini bukan sahaja mampu melonjakkan kutipan bahkan mampu mengisi keperluan golongan asnaf itu sendiri." 

Sumbangan amil harta dan korporat adalah tinggi daripada keseluruhan kutipan pada  tiap tahun. Potensi kutipan Zakat Korporat setiap tahun  adalah tinggi dan oleh itu, ia hendaklah digerakkan secara optimum dalam membantu mencapai sasaran, kata beliau.

Beliau berkata kemaslahatan umah ini hanya dapat diatasi jika seluruh umat Islam melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap zakat.

"Pusat Urus Zakat Negeri hendaklah sepakat dalam menentukan kaedah pengiraan zakat perniagaan bagi menambah hasil kutipan. Kaedah pengiraan zakat perniagaan yang lebih mantap dan praktikal  perlu dijelaskan untuk menggalakkan syarikat korporat Islam menunaikan rukun Islam ketiga itu.
"Sehubungan itu, ahli perniagaan Islam perlu memahami hak pemilikan individu atau syarikat dan hak keadilan sosial dalam membahagikan keuntungan perniagaan,' tegas beliau.
Ingatlah, kata beliau dalam dunia serba mencabar ini yang mana manusia sentiasa mengejar kemajuan, umat Islam akan terus mampu bangkit  menghadapi keadaan itu, selagi adanya amalan zakat.
Tags: Headline , wilayah

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers