Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Headline , politics sketsa - Zulkifli Mohamad :Abadi pada Kolej Universiti Islam lokasi Muktamar PAS Ke-57


Perwakilan telahpun pulang, namun rasanya berlum terlewat untuk mencoretkan sedikit ingatan pada sejarah yang terpahat do Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad.. lokasi persidangan Muktamar PAS ke-57 yang berakhir petang ini.


Itulah nama besar tokoh politik Islam menjelang kemerdekaan seperti jua Syeikh Tahir Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Dr Burhanuddin Hilmy.

Zulkifli Muhammad mempunyai latar pendidikan Islam yang baik. Beliau mendapat pendidikan agama tempatan dan menyambung pengajian ke Mesir dari 1947 hingga 1952. 

Sebelum itu Zulkifli terlibat dengan gerakan politik tanahair seperti bergiat dalam Perikatan Melayu Perak yang mana beliau adalah Pengerusi Hal Ehwal Politik. Semasa di Mesir beliau aktif dalam Kesatuan Melayu Mesir.

Sekembalinya Zulkifli Muhammad dari Mesir beliau bertugas sebagai Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang dan pada masa bertugas di sini beliau menganjurkan Kongres Pemuda Melayu Malaya di Kuala Lumpur.

Pada masa itu Pas yang ditubuhkan pada 1951 menjadi pilihan wadah perjuangan Zulkifli dan menjadi ahli pada tahun 1955 dan beliau bertanding dalam pilihanraya pertama Persekutuan pada Jun 1955, tetapi kalah. 

Beliau kembali berkhidmat dengan Kolej Islam dan berhasrat meningkatkan Kolej Islam kepada taraf Universiti Islam. Dalam Kongres Pas ke 7 Disember 1956 beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung Pas.

Tanah subur bagi perkembangan Pas sekitar akhir 1950an ialah di negeri Terangganu dan Kelantan, sebab itu ramai dari pemimpin-pemimpin Pas berhijrah dan bergerak di sana

Dalam pilihanraya 1959 Pas bertanding di 58 kawasan parlimen dan menang di 13 kerusi dan Zulkifli yang bertanding di Bachok memenangi kerusi Parlimen. 

Antara pemimpin Pas yang lain memenangi kerusi Parlimen ialah Dr. Burhanuddin Hilmy (Besut), Khadijah Sidek (Dungun) Mohamed Asri (Pasir Puteh) dan Haji Hassan Adli (Kuala Terengganu). 

Zulkifli mengekalkan kerusi di Bachok 25 April 1964, tetapi pada 6 Mei 1964 beliau dan isterinya meninggal dunia kemalangan jalan raya dekat Kuantan.

Zulkifli terkenal sebagai seorang yang lantang dalam perjuangan, tokoh pidato dan mampu berucap di Parlimen berjam-jam lamanya. 

Beliau berjasa dalam bidang pendidikan, penyair, tokoh kebudayaan dan tokoh politik Islam terkenal. Namanya diabadikan kepada Universiti Zulkifli Muhammad di Melewar, Gombak. Alfatihah

dipetik dan diedit dari penulisan dr shafie abu abu bakar

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers