Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13. Ia adalah antara rangka untuk merealisasikan tema muktamar PAS kali ini, 'Membangun Negara Berkebajikan'.
Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang naib presiden, Husam berkata perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan-dewan sesuai dengan peranan masing-masing.
Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang naib presiden, Husam berkata perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan-dewan sesuai dengan peranan masing-masing.
"Kita akan adakan pelan kemenangan di mana setiap dewan yang akan diberikan peranan dan tugas masing-masing seperti Dewan Pemuda yang dicadangkan agar lebih fokus kepada daftar pemilih pengundi muda secara berstrategi," katanya.
Husam yang juga exco kanan kerajaan Negeri Kelantan menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS.
"Kami semua adalah satu pasukan yang mahu bersama Presiden kerana kelebihan dan kekuatan pasukan ini adalah performance atau prestasi mereka sebelum ini. Mahfuz dari Utara, Salehudin dari Selatan dan saya dari Timur.
"Kita perlukan pembetulan kerana PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dan ia satu pasukan yang boleh diterima - saya berharap kita mempunyai kesempatan untuk berbincang di semua peringkat untuk membantu kemenangan," katanya.
engenai gambaran gerak kerja PAS dalam menghadapi PRU-13, beliau menyatakan ia merupakan penekanan yang diberikan secara serius.
"Fokus segera kita adalah PRU-13 kerana keadaan politik negara kini berada di persimpangan rejim yang korup daripada semua aspek. Kita kena meningkatkan kemampuan parti seperti media secara gagah dan perkasa untuk bersaing dengan Umno-BN," katanya.
0 comments