Umno pada hakikatnya adalah sebuah parti yang sangat asing di Malaysia kerana ia terus berminda penjajah (United Malays National Organisation).
Umno masih mengekalkan nama Inggeris meskipun seringkali melaung2kan kononnya memperjuangan hak Melayu.
Seeloknya Umno menukar singkatannya ke bahasa Melayu seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya Perkasam.
Menteri Besar Kelantan TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jika Umno boleh menggunakan perkataan Melayu pada namanya maka tiada salahnya PAS mengekalkan perkataan Islam.
Umno sepatutnya tukar huruf Melayu itu kepada Malaysia sesuai dengan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan DS Najib Razak.
Isu mendesak PAS gugurkan nama Islam pada parti bukanlah perkara baru, ia sudah basi sebenarnya kerana sudah berulangkali cuba diketengahkan Umno.
Nik Aziz berkata: “Peliknya Umno masih mengguna bahasa asing pada nama partinya yang mendakwa memperjuangkan Melayu. ”
0 comments