Alahai bebedak umur lima tahun pun dah reti kendali FB.. ini sampai kena belanja RM1.8 juta.
Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.
“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian.
Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat ?" soalnya.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar adalah pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan

0 comments