Umno-BN wajar menukar simbol dacing yang digunakan dengan simbol 1Malaysia pada PRU13.
Lagipun simbol dacing semakin hari dah semakin senget akhir-akhir ini. Eloklah Umno-Bn daftar simbol 1Malaysia tu dengan pendaftaran pertubuhan memandangkan serata tempat simbil itu digunakan dengan meluas sehingga ramai yang konfius.
Ramai yang dah mula keliru dengan sikap kerajaan yang berusaha melaksanakan konsep 1Malaysia tetapi dalam masa yang sama membiarkan Perkasa melaungkan gagasan memperkasakan Melayu. Dalam pada itu pula, pembaziran juga kelihatan ke tahap melampau dalam usaha mengampu konsep 1Malaysia yang semakin gagal mencapai matlamat itu.
1Malaysia cuba diterapkan dalam minda dan kepala semua rakyat dari urusan surat menyurat, klinik dan segala apa jua yang dilaksanakan. Gula-gula 1Malaysia semakin menjadi-jadi. Entah berapa ribu juta dibelanjakan ke arah itu.
Kini, Kerajaan Negeri Melaka pula cuba mengampu dengan menonjolkan satu binaan tugu 1Malaysia di Pantai Klebang yang ternyata menjurus kepada satu pembaziran wang rakyat yang ketara.
Ketua penerangan Pemuda Pas Melaka Muhamad Aizat Bahrudin berkata, kos pembinaan tugu 1Malaysia tersebut bernilai RM352,000 dan ia dilancarkan oleh PM DS Najib Razak pada 4 Februari lalu.
Katanya, kos tersebut meningkat tiga kali ganda berbanding harga pasaran iaitu RM100,000.
Pembaziran juga berlaku semasa majlis makan malam pelancaran tugu 1Malaysia tersebut yang membabitkan sejumlah RM600,000 untuk menampung kos makan malam bersama Najib.
Katanya, hasil tinjauan setelah 16 bulan tugu tersebut dilancarkan, ia berada dalam keadaan yang menyedihkan yang mana terdapat kesan koyak pada kanvas tugu tersebut, pada bahagian lantai pentas tugu tersebut yang diperbuat daripada kayu telah patah dan terdapat kesan-kesan karat pada kerangka besi tugu tersebut (gambar kiri).
Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu.
Ia, ujarnya satu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat.
0 comments