Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Headline , nasional - BERSIH, PERKASA, PEMUDA UMNO DIPANGIL MENGADAP BUKIT AMAN

Tiga kumpulan yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, telah dipanggil ke ibupejabat polis di Bukit Aman hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata wakil kumpulan berkenaan dipanggil kerana mereka mahu 
mengadakan aktiviti mereka tanpa permit polis.

Tiga kumpulan tersebut ialah BERISH 2.0, PERKASA dan Pemuda Umno.

Katanya, mereka dipanggil kerana walaupun pihak polis mengatakan permit tidak akan dikeluarkan tetapi kenyataan PERKASA, Pemuda 

Umno dan BERSIH membayangkan mereka mahu meneruskan juga dengan perhimpunan masing-masing.

Bagaimanapun, Hishammuddin enggan memberikan butiran mengenai apa yang akan berlaku bila wakil kumpulan tersebut sampai di Bukit 
Aman.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, ketika dihubungi, berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.
Tags: Headline , nasional

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers