Perwakilan pada Mukmatar PAS Pusat yang ke-57 yang akan mula bersidang sewajarnya tidak harus mencicirkan nama USTAZ HAJI MOHD SALLEH MAN untuk diangkat menjadi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang bermula hari ini.
Benar, Salleh sekadar satu nama kecil di persada nasional, tetapi ia satu nama besar di persada negeri. Suaranya adalah suara PAS dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Ia perlu diangkat agar suara yang satu-satunya ini mempunyai kekuatan untuk didengar di peringkat negeri.


Haji Mohd Salleh bin Man sememangnya telah banyak menabur jasa di DUN Permatang Pasir. Sikapnya memang diketahui umum iaitu mesra rakyat dan mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat, prihatin dan bertanggungjawab. Sifat inilah yang menjadikan beliau sangat disenangi dan dihormati penduduk setempat sekaligus memenangi hati rakyat.
Selain sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, beliau kini adalah Timbalan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ahli Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.
Selama tempoh hampir dua tahun memimpin kawasan Permatang Pasir, pelbagai kemajuan terutama dari segi pembangunan kemudahan untuk rakyat telah dilaksanakan oileh Salleh. Ia dapat dicapai hasil kerjasama termasuk dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Komuniti (JKKK) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Antara perkara utama yang berjaya diatasi ialah masalah peparitan, yang telah hampir 50 tahun berlarutan di kawasan DUN berkenaan.

0 comments