Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , political concern - Husam: dakwaan tak masuk akal penulis blog upahan

Husam Musa yakin perwakilan tidak terkesan dengan fitnah kononnya beliau mengupah ratusan ribu ringgit penulis blog upahan untuk berkempen baginya dalam pemilihan Naib Presiden pada Muktamar PAS Ke-57 yang bermula hari ini.

Sambil menyifatkannya sebagai dakwaan itu tidak masuk akal, Husam  mempertikaikan laporan utusan meloya berhubung perkara itu dengan memetik tulisan di beberapa blog - yang digelarnya sebagai "picisan" dan "pencacai Umno".

husam musa pas interview 170507"Ahli-ahli Umno sendiri pun tidak pernah memberikan kepercayaan mereka kepada blog-blog picisan ini," katanya yang yakin dengan didikan Islam yang dilalui anggota dan perwakilan PAS.

Utusan kelmarin melaporkan Kickdefella menerima bayaran RM350,000 untuk berkempen bagi pihak Husam.

Husam hairan kenapa laporan itu dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS di mana beliau bertanding.

"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini?" soalnya.

Beliau menafikan mempunyai wang sebanyak itu atau ada berbual dengan Kick.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers