Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Headline , social concern - Salim Parlan dihadapkan ke Mahkamah 26 Julai

Mahkamah Rendah Syariah George Town menetapkan 26 Julai untuk perbicaraan kes khalwat timbalan ketua setiausaha (strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan pasangannya, Nur Diayana Norslan, 29.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.

Sebelum ini, Datuk Salim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan berkhalwat dengan wanita itu di bilik 224 di sebuah hotel di Batu Feringghi pada 16 April lepas. 

Salim dan pasangannya itu ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai pada hari berkenaan.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers