Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Headline , wilayah - Saf kepimpinan PAS Pulau Pinang...ujian untuk Salleh hadapi PRU

PAS di beberapa negeri telahpun selesai melantik dan mengumumkan barisan kabinet Jawatankuasa Perhubungan Negeri masing-masing termasuk Melaka, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perak. Kesemuanya barisan perang pilihanraya,.. sekurang-kurang begitulah dilaporkan media.

Dalam pada itu, ada pemimpin yang tidak dilantik semula, ada yang berubah jawatan, ada yang kekal, ada yang menolak, ada yang seolah-olah turun pangkat dan tidak kurang yang berminat tetapi tidak ditawarkan jawatan.

Namun demikian, Pulau Pinang belum diumumkan senarai kabinetnya.

Pulau Pinang kekal Pesuruhjaya negerinya iaitu YB Ustaz Salleh Man. Mungkin pengumuman barisan kabinet Salleh akan dibuat dalam beberapa hari lagi, paling lewat hujung minggu ini, iaitu mungkin selepas lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong ka Pulau Pinang.

Salleh tentu sedang meneliti barisan kabinet bayangannya. Menyusun penuh hati-hati. Kerangka saf yang dikehendaki tentu bersarang dalam kepalanya. Melihat kepada perkembangan perubahan kabinet JK di negeri-negeri lain, Salleh juga mungkin terpengaruh sama untuk membuat perubahan dalam susunan kabinetnya yang mungkin kebanyakan pihak menyifatkan sedikit lembap bagi sessi dua tahun lepas.

Hampir kesemua negeri banyak berubah susunan saf kepimpinannnya (kecuali Kelantan). Kesemuanya bersandarkan motif barisan saf perang PRU13. Hebat. Mengambil contoh Perak, Ustaz Misbahul Munir yang sebelum ini memegang jawatan Setiausaha di Perak kini mengisi jawatan Timbalan Pesuruhjaya 2 bersama mantan boss DS Mohamad Nizar Jamaluddin (TPJ1). Jawatan SU diisi oleh sahabatnya (Misbah) Dr Muhaimin Salam.

Bagaimanapun YB Khalil Idham Lim, digugurkan daripada jawatan Ketua Penerangan Pas Negeri. Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri dan Adun Titi Serong yang cenderung berblogging sebagai medium perhubungannya. Apakah Khalil kurang berbisa menyusun dan mengembelengkan jentera penerangan seluruh negeri Perak ?

Namun Khalil dijangka dilantik mengisi Sekretariat Pakatan Rakyat untuk merangka jentera bagi peringkat Parlimen di Perak.

Kesemua negeri juga nampaknya menukar Ketua Penerangan masing-masing. Menjadi trend atau kesemua negeri melihat untuk mencari nafas baru yang diharap lebih agresif dan dinamik bagi menghadapi pru13.

Mengenai Pulau Pinang pula,  Salleh nampaknya menyimpan kukuh rahsia kabinetnya. Bagaimanapun dapat dihidu bahawa perubahan ketara pasti berlaku kerana rujukan mengenai negeri lain ada disebut sepintas lalu ketika terserempak dengannya baru-baru ini.

Sehingga kini, barisan kepimpinan yang ada di Pulau Pinang ialah mantan TPJ1 YB Dr Mujahid Rawa,. TPJ2 Ustaz Takhiaudin dan TPJ3 Roshidi Hussain. Takhiaudin sudah pasti tidak dilantik lagi memandangkan beliau mohon mahu berehat selepas menjalani rawatan kesihatan baru-baru ini.

Roshidi yang juga Penyelaras Kadun Penaga (bakal calon Penaga) dan Yang Dipertua Pas Kepala Batas dijangka digugurkan. Roshidi, seorang peguam adalah antara barisan muda pelapis kepimpinan PAS Pulau Pinang. Roshidi antara wakil PAS yang dilaporkan diisenangi di peringkat kerajaan negeri sedia ada.

Terdapat juga cadangan dari sumber2 agar sekurang-kurangnya Roshidi dilantik sebagai Bendahari Negeri untuk membolehkan gabungan antara barisan kepimpinan baru dan lama itu diserasikan.

Manakala menurut sumber yang rapat dengan Salleh, beliau (Salleh) mahu mengekalkan Mujahid dalam barisan kabinet JK Negeri tetapi dilantik ke satu jawatan lain yang akan memberi ruang untuk beliau bersuara dengan lebih meluas iaitu selaku Ketua Penerangan Negeri.

Jika berlaku, ini bererti Mujahid akan mengambil alih tempat Zulkifli Ishak.

Mujahid juga dilihat sesuai memegang jawatan berkenaan (walaupun sepatutnya lebih hebat dikekalkan sebagai TPJ1) memandangkan beliau seorang yang mempunyai vokal yang bernas daripada segi lontaran ideanya ketika berwacana bersama dalam Pakatan Rakyat.

Mujahid, anggota Parlimen Pas Parit Buntar wajar dikekalkan sebagai TPJ1 walaupun ada melaporkan ia ada sedikit gurisan yang tercalar kerana isu buku phd nya (Menuju PAS Baru), beliau masih tetap menerima undi memberangsangkan untuk kekal sebagai AJK PAS Pusat.

Wujud juga desakan luar parti agar Mujahid dikekalkan sebagai melengkapkan kewibawaan Salleh untuk membolehkan PAS sebarisi mendepani kempininan PKR dan DAP di peringkat negeri, memandangkan Mujahid antara tokoh yang berjaya dalam menangani isu kristian dan Islam.

Lantaran jika benarlah telahan bahawa kesemua mantan TPJ tidak lagi dilantik semula, maka siapakah yang akan mengisi kerusi TPJ PAS Pulau Pinang.

Ternyata kurang sungguh calon yang ada di negeri Pulau Mutiara ini sehingga memudahkan untuk diramalkan.

Juga jika perubahan benar-benar berlaku pada jawatan TPJ, maka adalah jelas bahawa bagi jawatan setiausaha dan bendahari, juga dijangka berubah. Siapa lagi yang Salleh ada, jika beliau tidak menoleh pada generasi muda untuk memberi ruang dan peranan yang lebih besar.

Muka-muka baru seperti Fadzil Kimi (Setiausaha PAS negeri), Ustaz Fauzi Yusof (Yang Dipertua Kawasan Balik Pulau), Aida Yusof Rawa (AJK Muslimat PAS Pusat) dan Mohd Khir (Timbalan YDP Kepala Batas) dan Azarizal Ahmad (bekas Exco Pemuda negeri) antara nama yang kedengaran akan diangkat ke persada lebih tinggi PAS peringkat negeri.

Sayugia dicadangkan agar Salleh turut sama mendengar pandangan daripada rakan-rakan di luar lingkaran sedia ada nya agar dapat membuat keputusan yang maha bijaksana.
Tags: Headline , wilayah

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers