DS Dr Rais Yatim kini cuba mengaitkan Himpunan Bersih 2.0 dengan serangan penggodam ke atas laman-laman web kerajaan.
MDN DS Hishamuddin Hussein pula memberi amaran kepada Ketua Pemuda Umno KJ bahawa himpunan oleh Pemuda Umno juga haram. Perkasa juga kata akan buat himpunan pada tarikh yang sama sebagai menentang Himpunan Bersih 2.0 oleh Pakatan Rakyat.
Polis pula beri amaran 'ke arah akan memberkas' sesiapa yang berhimpun pada 9 Julai tu di K Lumpur, Sabah dan Sarawak.
Itu analoginya, jadi kita lihat bagaimana ia akan berlaku dan checkmate. Kecuali Himpunan Bersih 2.0, onar Perkasa dan Umno sekadar pengacau jalanan untuk bikin kecoh yang nanti akan membolehkan pihak polisi campur tangan dan memberkas puak-puak Pakatan Rakyat.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu cuba mengaitkan dengan sikap tidak patriotik dan bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Walhal kerajaan sendiri mengodam dan mencerobohi blog dan portal yang kurang berkenan sesuka hati .
Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais.
Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana “marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”
0 comments