Semahunya, Utusan berusaha menanam (planted) isu-isu yang sensitif ke dalam pemikiran rakyat, khususnya Melayu. Utusan ternyata memang pakar dalam menjentik perasaan orang Melayu dengan isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan dan menghakiskan kesabaran orang Melayu.
Namun demikian, oleh kerana sebahagian besar rakyat telah lama menolak Utusan Malaysia dengan hal-hal yang meloyakan, maka tahap keboleh percayaan terhadap isu dibangkitkan tidak begitu diterima pembaca atau tidak dipercaya langsung kesahihannya.
Namun begitu, rakyat merasa tercabar kerana kerajaan, khususnya pihak berwajib menutup mata dengan menganggapnya tidak sensitif dan tidak perlu diambil tindakan. Inilah yang dibicarakan oleh rakyat semasa yang turut menyifatkannya tidak berlaku keadilan dalam menguatkuasakan hukum.
PAS menggesa tindakan tegas diambil terhadap Uusan Malaysia ekoran laporan mendakwa pemimpin Kristian berkonsprasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas.
“Adalah mustahil untuk DAP melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.
“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam.
"Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya.
Katanya, Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana 'kebebasan suara' dwi-standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ia milik Umno.
“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera.
"Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan,” bidas Tuan Ibrahim.
Jikalau diikutkan peraturan tegas yang dikenakan terhadap media alternatif, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya permit akhbar Utusan Malaysia sudah ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana seringkali memainkan sentimen perkauman dan agama yang mencetuskan amarah rakyat berbilang kaum.
“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yang dikeluarkan.
Sehubungan itu, PAS menggesa agar kerajaan menarik balik permit akhbar Utusan Malaysia.
“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ia tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim.

0 comments