Siapsedia rakyat Pantai Timur Malaysia - lokasi anda tempat terbak untuk proses bahan radio aktif. Bunyi manis sangat kalau guna terma nadir bumi.. gunapakai perkataan radio aktif baru rasa gerun sikit kut.
YES. Pantai timur di Malaysia sebagai “tempat terbaik di dunia” bagi mendirikan pusat pemprosesan nadir bumi, kata Pengerusi Eksekutif Lynas Corporation Nicholas Curtis.
"Loji berkenaan tidak didirikan di Australia meskipun telah mendapat kelulusan membina pusat penapisan di negara itu. Sepatutnya dibina di Australia tetapi “perkara itu tidak menjadi.
"Australia bukan, malangnya, kompetitif dalam industri kimia berbanding pantai timur di Malaysia. Ia adalah tempat terbaik di dunia bagi mendirikan pusat berkenaan.”
Curtis berkata Lynas senang dengan persekitaran perniagaan dan infrastruktur di Malaysia dan “paling utama adalah rakyatnya”.
Rakyat tak membantah ?
Pendedahan bahawa pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang terletak kira-kira 25 km dari timur laut Kuantan, Pahang telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bimbang kemungkinan radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka dan juga orang ramai sekitar kawasan perindustrian tersebut.
0 comments