Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , social concern - Umno tidak patuhi prosidur pulangkan wang 237 orang warga emas

Hanya 237 orang sahaja yang pulangkan wang kepada Umno daripada Program Penghargaan Warga Emas. Ini berasaskan sejumlah RM23,700 sahaja yang didakwa dikutip semula dari warga emas sepertimana disahkan oleh Umno. 
NONE

Begitu yang didakwa oleh Umno kononnya wang ehsan itu dipulangkan warga emas kepada mereka kerana mendakwa ia dari sumber hasil judi.

Sehingga 1 September tahun lalu, jumlah pendaftaran warga emas yang direkodkan adalah 107,668 orang, manakala daripada Januari hingga 7 April tahun ini, jumlah pendaftaran warga emas adalah 114,665 orang.


Semalam, Datuk Seri Helmi Yahya (Adun-BN Teluk Bahang) memberitahu pemberita bahawa  wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun Bendahari Kerajaan Negeri  pada 22 Disember tahun lepas. 

Helmi menafikan ia kutipan Umno, walaupun Umno yang menjuarai isu ini. 

"Kutipan itu adalah usaha badan bukan kerajaan dan bukannya Umno. NGO kemudiannya menyerahkan wang itu kepada Umno untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri," katanya.


Hilmi yang merupakan pemangku ketua pembangkang berkata wang berkenaan dimasukkan ke akaun Maybank kerajaan negeri sebanyak empat kali dengan setiap satu berjumlah RM4,950, RM9,900, RM7,600 dan RM1,250.


Hari ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan itu, kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.


"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya.


Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, berkata warga emas yang ingin mengembalikan wang (yang sudah diterima) dan menarik diri daripada program berkenaan perlu mengisi Borang Pemulangan Sumbangan Warga Emas(Borang 1).

Setakat ini, Umno juga didapati gagal menyediakan senarai nama warga Emas yang mereka dakwa menolak wang berkenaan. 

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers