Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , social concern - Pulau Pinang sasar RM6.1 bilion pelaburan 2011

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mensasarkan untuk mencapai pelaburan RM6.1 bilion bagi tahun ini,  iaitu hanya 50 peratus daripada RM12.2 bilion yang dicatatkan pada tahun 2010 , yang merupakan rekod pelaburan tertinggi untuk pertama kalinya di Malaysia. 

Unjuran lebih rendah ini ditetapkan untuk menarik pelaburan tambah nilai yang lebih tinggi, berteknologi tinggi, industri berasaskan pengetahuan yang dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi, perpindahan teknologi dan industri yang inovatif.

Tambahan daripada itu, laporan Gartner pada September 2010 menunjukkan bahawa pertumbuhan pendapatan semi konduktor dunia dijangka akan menurun daripada 31.5% pada tahun 2010 ke 4.6% pada tahun 2011. ini bermakna kadar pertumbuhan akan lebih meruncing.

Pada masa yang sama, terdapat keperluan untuk memperkukuhkan (menggabung atau menyatukan) rekod pelaburan pada tahun lalu agar kekurangan tenaga kerja dan pekerja mahir tidak akan melimpah ruah dan merosakkan industri. 

Menurut laporan terbaru MIDA, pada tiga bulan pertama tahun 2011 telah menyaksikan keseluruhan RM1.8 bilion telah diluluskan daripada 20 projek untuk Pulau Pinang.

Pulau Pinang menyumbang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang telah diluluskan untuk negara iaitu RM12.2 bilion dari Januari hingga Mac 2011. FDI yang telah diluluskan untuk Pulau Pinang sebanyak RM991 juta merupakan 21 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI yang telah diluluskan untuk Malaysia. Ketika ini Pulau Pinang menduduki tempat keempat di Malaysia.

Pada tahun 2010, RM12.2 bilion pelaburan di Pulau Pinang dijangka akan dapat menjana 21, 000 peluang pekerjaan baru. Dengan situasi negeri yang sifar pengangguran masa kini, pihak berkuasa negeri harus berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti sumber manusia dan pembangunan SME (perusahaan kecil dan sederhana).

Dalam menangani cabaran ini, Kerajaan Negeri melalui investPenang telah merancang beberapa program seperti penubuhan Penasihat Pemasaran SME, Pusat Sumber dan Latihan (SMART) dan Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja. Pusat SMART ditubuhkan secara khusus untuk memudahkan semua SME di negeri ini untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penyediaan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh pusat tersebut.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut bekerjasama secara erat dengan PSDC dalam usaha untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) juga telah menunjukkan komitmen untuk melatih bakat-bakat baru serta menetapkan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan untuk perkembangan sains dan teknologi.

Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang ditubuhkan pada awal tahun 2009 bagi membantu para penganggur mereka yang diberhentikan telah digubal semula peranan dan tanggungjawabnya bagi menarik dan mengekalkan bakat sedia ada. Misi pusat CAT adalah untuk menjenamakan semula Pulau Pinang sebagai tempat yang sesuai untuk bekerja dan hidup dengan moto baru ‘My Penang, My Workplace’ dengan menitikberatkan peluang, ekonomi dan taraf hidup.

Pulau Pinang boleh kembali memimpin dengan bukan sahaja sebagai ‘sweatshop’ tetapi juga 'smartshop’ dalam industri perkilangan di Malaysia.

KETUA MENTERI PULAU PINANG
LIM GUAN ENG   

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers