Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , wilayah - Persiapan hampir disempurnakan untuk Muktamar PAS Ke-57

Jika kini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Taman Melewar, agak sunyi, namun suasana itu pasti berubah antara Jumaat dan Ahad ini apabila Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor mula menjadi tumpuan 1,150 perwakilan Muktamar PAS dari seluruh negara.
Persekitaran Taman berkenaan juga pasti meriah dengan gerai-gerai perniagaan yang menjual pelbagai juadah termasuk cenderamata sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 itu.
Selain pemilihan barisan pimpinan, Muktamar ini juga pastinya hangat untuk  menyemarakkan semangat para pemimpin dan ahli PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 .  
Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan petugas kelihatan sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu.
Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik kuliah dan asrama pelajar, manakala di bawahnya dewan Datuk Fadzil Mohd Noor untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan.
Dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar anjuran PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan.
Panitia muktamar dan petugas sedang menghias indah Dewan berkenaan dan melengkapkannya dengan pelbagai keperluan termasuk pentas utama, sistem pembesar suara dan sistem hawa dingin.
Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu yang akan menempatkan ruang media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat.
Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir 90 peratus selesai. Sebanyak 105 tapak gerai niaga juga disediakan. Panitia turut membuka kaunter derma darah bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk tabung darah.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa mengunjungi kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah dilaksanakan.
Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan.  
Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  TG Abdul Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat.   
Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers