Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , social concern - Harussani wajar bertaubat..

Norazli bersama Ulama Lubnan
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria seeloknya bertaubat ekoran kenyataannya yang secara langsung membawa pengertian menghina Rasullulah saw  berhubung pengguna wang cukai, judi dan arak.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak Alfadhil Ustaz Haji Norazli Musa berkata, ungkapan ataupun perkataan yang membawa maksud atau seolah-olah memperkecil-kecilkan Rasullulah tidak seharusnya terbit daripada mulut seorang Mufti.

Mufti adalah tonggak penasihat agama bagi sesebuah negara maupun negeri, dan oleh kerana itu sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang murni, unggul dan tegas kepada seluruh umat Islam di Perak, khasnya, dan negara amnya, katanya ketika dihubungi.

Oleh kerana itu, seseorang yang bergelar mufti dan penasihat agama kepada kerajaan seperti Harussani sepatutnya sentiasa berwaspada dalam kata-katanya dan bukan main semborono mengikut paksi yang disukainya semata-mata, kata Norazli.

"Saya mencabar Harusani kemukakan dalil dan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi."



Nor Azli memetik sabda Rasullulah saw bahawa: "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka."

Berikut kenyataan penuh Ustaz Norazli Musa:


1. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebaik-baiknya bertaubat kerana menghina Rasullulah saw berhubung kenyataannya berkaitan wang cukai, arak dan judi.

2. Sebagi seorang Mufti, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan bahawa pada zaman Rasulullah turut mengguna wang cukai arak dan judi untuk urusan pembayaran gaji.

3. Sebelum ini, beliau tidak pernah memberi pandangan  mengenai dakwaan UMNO, iaitu wang kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan judi, haram untuk diberi sumbangan kepada warga emas. Beliau  mengelakkan daripada memberi pandangan

4.Semasa ceramah, saya langsung tidak menyentuh soal halal atau haram gaji mufti atau mana-mana individu yang terlibat dalam kerajaan. Yang saya bangkitkan adalah mengenai sikap  Harussani yang enggan memberi respons terhadap dakwaan UMNO tersebut kononnya sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu haram kerana hasil wang judi.

5. Lantaran itu, saya mencabar Harusani, selaku penasihat agama Islam kepada kerajaan negeri agar ada sedikit keberanian menegur dan menasihati kerajaan negeri Perak yang sedia ada untuk mengasingkan wang hasil kutipan dalam negeri kepada dua akaun iaitu sumber kutipan negeri yang halal dan yang haram sepertimana dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

6. Jika beliau tidak berbuat demikian, maka terserlah sikap bermuka-mukaan Harusani dalam menegakkan kebenaran ajaran Islam dan beliau tidak layak menjadi seorang mufti, kerana pandangan dan tegurannya hanya berpihak kepada Umno, ATAU yang mana lebih menguntungkan dirinya. Oleh itu Harussani harus berundur kerana jika TIDAK berbuat demikian beliau akan lebih banyak mengelirukan umat Islam dengan pandangan-pandangannya yang kabur dan silap.

7. Gelaran Haramsani (semasa berceramah) merupakan gelaran spontan yang diberi oleh orang ramai sebagai respons ekoran sikap  Harussani yang lebih gemar berdiam diri apabila kalangan UMNO membuat dakwaan yang menyeleweng daripada syariah Islam. Gelaran itu adalah petunjuk pendirian rakyat mengenai keperibadian Harusani sebagai seorang mufti yang kurang bijaksana.

8.Oleh itu, saya mencabar Harussani kemukakan dalil dan bukti sahih berkenaan kenyataannya pada akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 29 Mei 2011, yang mendakwa semasa zaman Rasulullah juga terdapat pembayaran gaji yang dibuat menggunakan duit cukai daripada arak dan judi. Ini jelas satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.


Ingatlah Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menipu ke atas aku, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.

9. Harusani memang banyak berdolak dalih dalam hal-hal berkaitan syariah Islam dan kini seelok-eloknya berasaskan sabda Rasullulah saw itu, beliau bertaubatlah.


Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak

merangkap YDP PAS Ipoh Barat
Alfadhil Ustaz Norazli Musa
31hb Mei 2010

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers