Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , wilayah - Nasha pertahankan jawatan Timbalan Presiden

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada Rabu mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini.
"Ya, saya akan pertahankan (jawatan Timbalan Presiden). Ini bererti saya akan bertanding untuk penggal yang ketiga," katanya.
Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti 2005.
Beliau mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dalam pemilihan parti ketika muktamar parti Ke-55 pada 2009 setelah mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi).
"Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu dibuat atas semangat meneruskan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan pertengahan tahun depan atau penghujung tahun ini.
"Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang," tambahnya.
Nasharudin dijangka dicabar anggota jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan yang sama.
"Saya terbuka untuk dilawan. Malah sebelum ini berlaku pertandingan tiga penjuru ketika saya bertanding jawatan itu," katanya.
Tags: Feature , wilayah

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers