Zentrum Future Studies seringkali menjadi sumber rujukan poltiik wal hal laporannya akhir-akhirnya banyak menyimpang daripada hakikat nyata. Kajiannya nampak tempang dan tak berapa nak betul?
Zentrum berpendapat Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun sitrategi lebih berkesan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Memanglah walau apa keadaan sekalipun Pakatan Rakyat Perak sepatutnya telah lama bekerja keras. Telah lama menyusun strategi... kalu nak menang.
Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Perak sepatutnya telah dapat menghidu strategi Umno Bn dalam menghadapi pilihahanraya negeri Perak nanti. Lantaran itu isu-isu lama perlu disegarkan kembali, khususnya isu rampasan kuasa.
Jentera PR Perak juga wajar bersiap sedia kembali dengan bahan-bahan untuk menguburkan isu-isu yang disensasikan Umno khusunya membabitkan Menteri Besar Pakatan Rakyat DS I Nizar Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin.
Umno pastinya cuba mengelirukan Melayu dengan isu sembah derhaka, isu pemberian tanah kepada Cina dan boneka kepada DAP. Isu-isu inilah yang sarat digunakan semasa kempen pilihanraya Parlimen Bukit Gantang yang pada hakikat sebenarnya hampir memusnahkan harapan Nizar memenanginya.
Tak berapa nak masuk akal untuk Zentrum mengatakan bahawa kajian yang dijalankan jelas menunjukkan sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat awal tahun lalu, kini sudah tidak lagi relevan.
Rakyat Perak tidak mudah lupa akan hal seumpama itu. Memang kelihatan silent namun pada dasarnya mereka tahu tahu jika disuarakan atau dilaungkan sekalipun ia tidak mendatangkan hasil.. kecuali dibuktikan melalui PRU13.
Memang dipersetujui, Nizar kekal menjadi ikon yang disegani dan diperlukan di kalangan parti Pakatan Rakyat Perak, tetapi tekanan tertentu sedang berlaku di negeri Perak dengan menonjolkan tokoh lain. Namun demikian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah mengumumkan bahawa DAP akan tetap menyokong Nizar sebagai MB Perak.
Kajian oleh pemimpin Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah jelas sekadar membuat kajian yang longgar, mungkin memilih dua tiga kerat pola penduduk Perak untuk dijadikan dasar kajian.
Saya bersetuju dengan Cenangau bahawa sebenarnya kajian Zentrum sejak akhir-akhir ini diragui terutama sekali untuk PRK semua dah lari jauh. Dan yang terbaru PRN Sarawak pun tak mengena langsung.
Saya yakin DAP akan mengekalkan kesemua kerusi DUN yang dimenangi pada PRU 2008, begitu juga PKR akan memenangi semula kerusi yang ditandingi calon Cinanya, namun bagi kawasan yang diwakili calon dan India dan Melayunya akan menghadapi saingan hebat. Begitu juga dengan PAS.
Selain itu, saya tertarik melihat usaha Zentrum untuk mengatakan bahawa Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim merupakan orang yang diharapkan dan amat perlu ditonjolkan ke depan oleh Pakatan Rakyat Perak untuk mengimbangi Nizar.
Saya kira tidak wajar bagi Zantrum untuk memperkecil-kecilkan tokoh bukan dari PAS umpama Dr Mohamad Noor Manutty, Pengerusi PKR Perak.
""Takkan kut Dr. Abu Hasan nak suruk PR tonjolkan Drs Khalil atau nama cina dia Lim Chuan Hing ni sebagai calon MB, Mana boleh. Dia tu Cina, undang-undang tubuh Perak cuma benarkan orang Melayu saja jadi MB.
Kalau cina boleh jadi MB Perak, masa lepas PRU12 hari tu lagi Ngeh dah jadi MB Perak." quote from Cenangau
0 comments