Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline , nasional - HUSAM MENERIMA PENCALONAN BAGI JAWATAN NAIB PRESIDEN


Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa mengumumkan kesediaan untuk menerima pencalonan bagi jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar PAS awal Jun ini. 
“Atas perkembangan di dalam dan di luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden.
"Kepada Allah saya bertawakkal. Bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat,” demikian menurut kenyataan beliau.
Menurutnya, meskipun pada awalnya hanya merasakan bercadang bertanding untuk AJK Pusat sahaja, perkembangan mutakhir membuat beliau menimbang semula pendirian. 
Beliau berkata, memandangkan perkembangan terbaru pengumuman penyandang Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, maka beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan.



Sementara itu, Mazlan Aliman  menolak pencalonan bagi jawatan naib presiden, kecuali bertanding AJK Pusat sahaja. Setakat ini yang mengesahkan bertanding Naib Presiden ialah Idris Ahmad, dua penyandang Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
Dua lagi nama yang dirasakan sedang membuat pertimbangan rapi bagi jawatan berkenaan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan dan mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers