Walaupun mempunyai Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kedudukan daya saing Malaysia di bawah Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) dalam daya saing antarabangsa 2011 telah jatuh enam anak tangga daripada tangga ke -10 pada tahun 2010 ke tangga ke-16 pada tahun 2011.
Perkara ini turut disokong dengan pendedahan laporan World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Index (GCI) untuk tahun 2010- 2011 di mana menunjukkan Malaysia kini jatuh dari tangga 24 (berada di tangga ke 21 untuk tahun sebelumnya) ke tangga 26.
Menurut Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) di Switzerland, Malaysia menunjukkan prestasi yang teruk dalam 2 daripada 4 faktor utama kajian - kecekapan kerajaan dan kecekapan pengurusan, jatuh dari tangga ke 9 dan tangga ke 4 pada tahun 2010 ke tangga 17 dan tangga 14 masing-masing pada tahun 2011. Dua faktor lain adalah prestasi ekonomi dan infrastruktur.
Selain itu, WEF menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kurang daya saing di kalangan kapasiti masyarakat miskin, dengan dua permasalahan utama mengatakan bahawa sistem pembayaran yang tidak teratur dan rasuah serta kurangnya kebebasan dalam sistem penghakiman.
Jelas sekali WEF merujuk kepada masalah rasuah dan kroni seperti mana yang dilaporkan oleh IMD bahawa kecekapan pengurusan dan kecekapan kerajaan terjejas kerana kurangnya sistem tender terbuka dan ketelusan.
Faktor lain termasuklah infrastruktur yang lemah, pendidikan ( rendah dan kemasukan ke peringkat menengah ) dan kurangnya kecekapan dalam pasaran tenaga kerja. Ia boleh diungkap bahawa kita berdepan dengan kes yang klasik- ekonomi rendah, produktivi rendah di mana kita berjuang untuk menghadapi realiti hidup ketika ini,
Berhubung dengan pemotongan subsidi dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, DAP mempersoalkan tentang rasional, logik dan keadilan daripada pemotongan subsidi untuk barangan kecil seperti gula dan diesel yang boleh menjimatkan beratus- ratus juta tetapi bukan barangan besar seperti pemberian subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan sektor kuasa komersial yang menelan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun.
Dalam erti kata lain, sekiranya Perdana Menteri mengatakan bahawa subsidi adalah seperti ‘candu’, jadi kenapa tidak menghapuskan ‘candu besar’ iaitu pemberian subsidi kepada IPP sebelum menghapuskan ‘candu kecil’ melibatkan subsidi gula, petrol dan diesel yang nyata telah membebankan masyarakat umum secara langsung.
Ekonomi Malaysia berada dalam stagna (tidak baik). Sama seperti ekonomi sektor pasca pembuatan, kita berusaha keras untuk mengatasi kesan inflasi akibat pertumbuhan yang sangat rendah dari segi pendapatan. Keupayaan membeli rakyat Malaysia semakin lemah dari hari ke hari, di mana sekarang hanya 40 peratus dari keseluruhan penduduk New York .
Warga Kuala Lumpur harus bekerja empat kali melebihi warga New York untuk mampu membeli 1kilogram beras, dan masa bekerja yang diperlukan untuk membeli 1kilogram roti adalah dua kali ganda daripada apa yang warga New York perlu lakukan.
Masa Bekerja Yang Diperlukan | ||||
Bandar | 1 Big Mac (dalam min.) | 1kg Roti (dalam min.) | 1kg Beras (dalam min.) | 1 iPod Nano (8GB, dalam jam) |
| 41 | 22 | 32 | 52 |
| 14 | 16 | 11 | 9.5 |
| 12 | 15 | 21 | 12 |
| 36 | 35 | 17 | 27.5 |
| 13 | 18 | 11 | 9.5 |
| 13 | 10 | 8 | 11 |
| 14 | 12 | 8 | 9 |
| 15 | 12 | 9 | 9 |
Sumber: UBS AG / TMI
Melainkan jika Kerajaan BN mengatasi masalah rasuah yang bermaharajalela, peningkatan inflasi, memperbaiki pertumbuhan pendapatan dan ketidakadilan sosio-ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini, pemotongan subsidi yang dicadangkan pada Jun 2011 hanya akan memburukkan lagi masalah di mana pemotongan subsidi ini akan menjadikan golongan miskin sebagai sasaran tetapi menyelamatkan syarikat- syarikat kaya.
LIM GUAN ENG
0 comments