Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Trio Dato T manusia yang "tidak berakhlak dan tidak bermoral.."



Jika namanya Umno, maka apajua teguran oleh ulama, jika menyanggahi hasrat mereka, maka pimpinannya akan buat derk je. 


Namun jika menyusuri kehendak (itupun kerana ulama memberi pandangan berasaskan maklumat (tak lengkap) yang diberikan, maka geng Umno akan guna pakai pandangan konon ulama berkenaan setuju dengan apa yang mereka buat. 


Ulama perlu diberikan maklumat yang benar bagi membolehkan mereka memberi pandangan masing-masing berhubung sesuatu perkara, agar tidak mengelirukan rakyat. Bagaimanpun media arus perdana tidak akan melaporkannnya, dan oleh kerana itulah maka rasanye perlu dikitar semula beberapa kenyataan mengenai video sensasi DSAI ini.

Mufti Perak TS Harussani Zakaria yang seringkali kontroversi dalam memberi ulasannya telah sepandangan dengan kalangan ulama lain berhubung kes video yang mengaibkan DSAI, malahan beliau enggan bersekongkol.

"Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermoral” apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media," kata beliau.

Pihak yang sanggup itu ialah trio Dato T, TS Rahim Thamby Chik, Dato Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuaib Lazim. Sudah terang lagi bersuluh bahawa tiga trio ini tergolong dalam kategori manusia tidak berakhlak dan tidak bermoral, jika mengikut pandangan Harussani.



Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan hal berkenaan adalah bertentangan dengan Islam dan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.


“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

“Benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya.

Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga sependapat:
“Ini adalah fitnah, betapa rosak moral orang Islam di Malaysia... fitnah telah berleluasa. Sepatutnya kita tahu bahawa fitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, negara sudah jadi porak-peranda kerana fitnah yang dibuat ini."

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor menyifatkan ia berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.



0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers