Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Strategi umum Baru Bian sebagai Ketua Menteri satu kesilapan ?

PAS tewas dikesemua lima kerusi pilihan raya negeri Sarawak, PKR pula sekadar memenangi tiga daripada 49  kerusi yang ditandingi, manakala DAP mencatat keputusan terbaik apabila hanya tewas tiga dari 15 kerusi yang ditandinginya.

Jika diterjemahkan ia lebih baik daripada sebelumnya, namun beluam cukup baik kecuali bagi DAP.

Daripada segi jumlah pungutan undi yang diterima memang terbaik bagi Pakatan Rakyat, cuma momentumnya masih jauh untuk menawan Sarawak, landasannya telah terbina.

BN terima sejumlah 370,000 undi dan undi PR 250,000 undi. Tahniah benih PKR, PAS dan DAP mula tumbuh. Nanti akan tumbuh dan berbuah.  Juga perlu diingat BN menabur RM1billion untuk kekal berkuasa.

Namun begitu memang jelas tampak perbezaan pemahaman dan penerimaan yang ketara antara politik di semenanjung dan politik di Sarawak.

Jika dilihat pada sambutan rakyat Sarawak, ia memang membanggakan namun realitinya ia belum dapat diterjemahkan menjadi undi untuk memenangkan Pakatan Rakyat memerintah Sarawak dari satu Dun ke Dun. Pada asasnya rakyat Sarawak masih menyokong kuat TS Taib Mahmud, meskipun ada sentimen anti-Taib tetapi ia sekadar berpusat di kawasan bandar, yang tentunya pemikiiran pengundinya lebih terbuka dan mudah menerima serta bijak membuat analisa.

Bagi rakyat luar bandar pula, ia bersesuaian dengan budaya dan tradisi masyarakatnya yang santun dan penuh ketertiban untuk tidak menunjukkan sikap negatif terhadap tetamu. Lantaran itulah masyarakat luar bandar kelihatan bersikap menerima mana-mana parti sekalipun untuk berkempen kerana ia dilihat tidak merugikan mereka.

Bagi PAS, mungkin keadaan ini (menerima kunjungan dan bekerjasama) telah jelas disalahanggap bahawa rakyat telah bersama-sama dengan PAS khususnya. Di samping itu, PAS juga kelihatan seakan tidak bersedia pada peringkat awalnya dalam melaksanakan kempen-kempennya. Selepas hari penamaan calon, pergerakan jentera PAS agak tidak kelihatan dan perlahan.

Ini mungkin disebabkan kurang persediaan ataupun tergaman dengan mobilti yang agak sukar dan usaha menembusi sasaran juga terbantut kerana PAS di Sarawak sekadar namanya sahaja gah sebagai Badan Perhubungan, manakala tiada satupun penubuhan rangkaian peringkat kawasan.

PAS hanya mempunyai peringkat kawasan di daerah Sebuyau, manakala di empat kawasan kerusi yang ditandingi boleh dikatakan tiada langsung, sehinggalah ia ditubuhkan sewaktu peringkat kempen pilihan raya dijalankan.

Pemilihan calon PJ PAS Haji Adam Ahid untuk bertanding di kawasan Sebuyau juga merupakan satu kesilapan. Sungguhpun PJ berasal dari Sebuyau, namun beliau menetap di Sadong Jaya, calon yang lebih berkelayakan sepatutnya ialah Abang Eddee Alyani bin Abang Fauzi yang telah banyak melakukan gerak kerjanya di Sebuyau.

PJ juga dikatakan gagal menubuhkan walaupun satu cawangan di tempat tinggalnya iaitu di Sadong Jaya yang ditandingi oleh Abang Eddee Alyani.

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi. Angka itu amat besar untuk ditandingi PAS. Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga gagal.

Apapun PAS dianggap mencatat keputusan terbaik daripada 10 pilihanraya negeri Sarawak, kerana empat daripada lima calon yang bertanding tidak kehilangan deposit pada kali ini. Teruskan gerak kerja parti. Mungkin juga jika Baru Bian tidak diumumkan sebagai calon Ketua Menteri Pakatan, impaknya akan lebih baik kepada PAS.

Pengumuman Baru Bian - seorang Dayak - dilihat mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu dan Islam. Ia merencatkan kepercayaan pola pengundi rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat yang cuba merubah perlantikan seorang Ketua Menteri dari kalangan Melayu kepada bukan Melayu.

Ia baik bagi DAP, dan mungkin manis untuk PKR.. tetapi kurang elok kepada PAS.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers