Umno/BN dan kalangan penyokongnya sedang berkempen berhabis-habisan dengan apa cara sekalipun di kawasan Melayu, Melanau beragama Islam dan di alam siber.
Di alam siber, blogger dan IT Umno/BN sedang berusaha memusnahkan rangkaian blog pro pakatan. Minggu lepas blog Albanjari dah kena hacked. Blog2 pakatan yang lainpun ada kedengaran yang kena hacked.
Ayuh, para pengundi di Sarawak bertindaklah dengan tidak menghadiri ceramah2 BN tetapi memastikan semua berbondong2 menyokong calon Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN, DAP dan PAS pada hari pengundian. Undilah mereka.
Pemilihan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian selaku Ketua Menteri baru jika PKR menang juga mendapat sambutan baik dari Rakyat Sarawak.
Namun BN kini sedang mengedarkan poster berkaler biru dengan foto Bian sebagai Ketua Menteri baru kononnya untuk menakutkan orang Melayu dan Melanau.
Poster berkenaan diedar rumah ke rumah di kawasan Melayu dan Melanau, di samping Petrajaya dan Batu Kawan. Komuniti Melayu dan Melanau meliputi 38 peratus daripada jumlah pengundi di 27 kerusi DUN.
DS Anwar Ibrahim berkata, ia sama dengan cara di Pulau Pinang, apabila BN menakut-nakutkan Melayu terhadap Ketua Menteri (DAP) Lim Guan Eng.
MerdekaReview memetik kata Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak Faisal Syam Hazis bahawa, BN mula memainkan isu ini beberapa hari seterusnya, untuk mewujudkan rasa ragu-ragu pada PR agar Melayu/Melanau terus mengundi PBB untuk memastikan regim ini kekal berkuasa.
Melayu/Melanau bukan kaum majoriti, tetapi menguasai sumber yang paling banyak. Bian ialah peguam hak asasi manusia, banyak terlibat mengendalikan kes tanah adat orang asli.
Namun, Faisal Syam Hazis menganggap isu Bian sebagai KM ini akan gagal kerana pengundi lebih fokus pada isu periuk nasi, infrastruktur, pendidikan anak dan sumber pencarian.
Beliau berkata sentimen anti kerajaan agak tinggi di kawasan desa Melayu/Melanau, kerana mereka merasai diri mereka diabaikan kerajaan.
Selain itu, Faisal berkata, pembangkang berpeluang menang seandainya dilihat dari sentimen pengundi. Namun, apa yang dikhuatiri adalah keadaan merasuah yang amat ketara, dan sukar diramalkan sehingga saat-saat terakhir.
0 comments