Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Si Katak Lompat Osman Jailu dan Usaili diminta bela diri

Seekor katak lompat yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Osman Jailu diperintah membela diri terhadap kes rasuah yang dihadapinya pada 2008, ekoran Mahkamah Tinggi Ipoh menerima rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adoi harus terkencing Osmang sekali ni... kerana askar pencen ni memang diketahui gemuruh habis, apatah lagi partner dia yang juga rakan karib dia Jamaluddin Mohd Radzi dibebaskan daripada rayuan itu. 

Mahkamah Tinggi menerima rayuan SPRM  terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Osman (Adun Changkat Jering) dan kembarnya Jamaluddin (Adun Behrang) serta Usaili Alias daripada tuduhan rasuah tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng dalam penghakiman lisannya memerintahkan Osman Jailu dan Usaili  mengemukakan pembelaan masing-masing.
Selain Jamaluddin, Teo juga menolak rayuan SPRM ke atas bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan peniaga, Fairul Azrim Ismail kerana pendakwa gagal menimbulkan prima facie.

Say Eng menetapkan sebutan semula pada 9 Mei ini di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Sesyen sebelum ini membebaskan mereka daripada 16 tuduhan rasuah membabitkan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Exco kerajaan negeri Perak, Restoran Kluang Stesen Cafe di sini dan Aquarias Restaurant & Bar, Summit Hotel, Bukit Mertajam di Pulau Pinang di antara 12 Ogos hingga 19 Ogos 2008..

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers