Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Rais mohon lanjutan masa kes laporan membabitkan amah dirogol

Datuk Seri Rais Yatim memohon lanjutan masa bagi memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan penulis Amizudin Ahmat, berhubung satu penyiaran makalah yang disifatkan berunsur fitnah dalam blog Sharpshooter.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 26 April ini bagi sebutan kes untuk kedua-dua pihak memfailkan dokumen yang berkaitan dengan kes termasuk fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada 2 Feb, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya Amizudin mengeluarkan daripada blognya makalah berbaur fitnah terhadap beliau. 

Ketika membenarkan permohonan itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto paintif (Rais) daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim itu juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana akalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau ana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi nter parte. 

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga nggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah erkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu beserta foto Rais pada pada 28 Dis tahun lalu.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam akalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol an berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur itnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara eribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun, dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers