“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun punggah budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang dengan bas.
“Hadirin adalah orang yang dipunggah... bukan orang tempatan."
Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.
Tapi tanpa diduga pula, semalam presiden Gerakan, TS Koh Tsu Koon menafikan kenyataan itu sambil apabila menjelaskan bahawa Najib tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Mansor berkata angin perubahaan yang sebenar sedang bertiup di timur, khususnya di Sarawak, di mana sokongan terhadap Pakatan semakin meningkat.
Mansor berkata angin perubahaan yang sebenar sedang bertiup di timur, khususnya di Sarawak, di mana sokongan terhadap Pakatan semakin meningkat.
Beliau berkata PKR yakin mampu menawan sekurang-kurangnya 14 kerusi pada pilihan raya negeri itu pada 16 April ini, manakala DAP pula dipercayai boleh merebut 15 kerusi.
"Saya jangka tambahan sokongan kepada Pakatan berbanding 2001 (pilihan raya negeri). Ketika itu, hanya segelintir yan sokong kita, ada kalanya hanya 10 orang di ceramah kita tetapi sekarang ribuan yang hadir,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli kenyataan Najib itu, sebaliknya bertekad melipatgandakan usaha membawa perubahan.
0 comments