Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , Headline - Kerajaan membayar pampasan RM2.05 bilion kepada 27 syarikat konsesi Lebuhraya

Kerajaan membayar  pampasan sebanyak RM2.05 bilion kepada 27 syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah ini belum mengambil kira jaminan bank, subsidi dan insentif cukai ataupun jumlah tol yang dikutip daripada pengguna jalanraya, demikian Dewan Rakyat diberitahu.

Jawapan itu diberikan kepada soalan Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Lantaran itu, kata beliau, BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam. (foto hiasan semata-mata)

Lim telah meminta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada  1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi.

Menteri berkenaan telah menjawab bahawa  sejumlah berkenaan telah dibayar sehingga 31 Disember 2010.n.

Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.

Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampasan disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 5 peratus kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru.

Jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya  seperti berikut:: (sila klik)



BIL
LEBUHRAYA
JUMLAH PAMPASAN
(RM JUTA )
KOS PEMBINAAN
(RM JUTA)
TEMPOH KONSESI
(TAHUN)
1
Lebuhraya Utara Selatan
735.22
5944.77
50
2
Lebuhraya Utara SelatanHubungan Tengah
13.79
1249.88
36
3
Lebuhraya Shah Alam
9.78
1115.88
30
4
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
100.86
451.70
38
5
Jambatan Pulau Pinang
181.23
943.54
24
6
Lebuhraya Seremban Port-Dickson
0.18
224.61
43
7
Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura
31.98
1026.16
45
8
Lebuhraya Butterworth-Kulim
24.21
255.85
32
9
Lebuhraya Cheras Kajang
105.15
286.49
32
10
Lebuhraya Damansara Puchong
631.31
1080.00
34
11
Lebuhraya Sungai Besi
8.21
278.83
36
12
Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur
45.86
462.10
33
13
Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat
76.43
1246.00
36
Pakej A&B; 33Pakej C
14
Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru
30.87
320.00
17
15
Lebuhraya Metramac
0.40
45.00
26
16
Lebuhraya Baru Pantai
25.78
660.00
27
17
Lebuhraya Sistem Lingkaran Luar Kajang
2.71
1003.00
40
18
Lebuhraya Pantai Timur 1
1.61
1300.00
38
19
Lebuhraya Shah Alam-Kuang
0.10
660.00
33
20
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth
17.62
252.40
30
21
Lebuhraya SMART
6.59
1933.00
40
22
Lebuhraya Kuala Lumpur- Putrajaya
1.08
1252.00
32
23
Lebuhraya Kajang-Seremban
0.01
766.00
42
24
Lebuhraya Duta Ulu Kelang
0.16
822.00
34
25
Lebuhraya Senai Desaru
0.01
1300.00
33
26
Lebuhraya Kemuning Shah Alam
-
406.60
40
27
Lebuhraya Lembah Kelang Selatan
-
1100.00
40

JUMLAH
2051.15



Tags: Feature , Headline

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers