Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - jangan bersedih esok ada member PKR nak lompat

ESOK, ANDA JANGAN BERSEDIH....

... kerana ssok akan ada lagi sekelompok puak PKR yang berhajat melompat keluar parti itu dan bersalaman dengan DS Najib Razak. Presiden Umno itu dalam rangka lawatan sehari di Pulau Pinang esok.

Khabarnya macam2 diatur untuk menunjukkan sokongan kuat pada Najib di Pulau Pinang. Kononnya Umno dan BN di Pulau Pinang belum rebah walaupun deman belum kebah.

Saya juga tidak ketinggalan menerima jemputan khusus untuk menghadiri majlis makan tengahari bersama PM. Terima kasih tak terhingga. Mesej ringkas meminta saya memberi jawapan segera dan hendaklah berpakaian smart untuk hadiri esok. Kalau konpem maka kena mesej ic sekali.. aduhai labu. Silap hari depa buat macam ulama-ulama Umno yang hadir majlis tetapi diumumkan masuk Umno.. lepas itu hilang terus entah ke mana..

Eloklah Umno di Pulau Pinang pun dah terkedu serta ghaplah. Pak Lahpun tak dah kuku, dah tak diguna pakai lagi... lantas kini Umno dan BN Penang mengharapkan Najib sahajalah untuk memberikan sedikit harapan. Namun begitu Umno Penang sesungguhnya tidak mempunyai kuku, kecuali mengharapkan kekuatan Gerakan di bawah mantan Ketua Menteri TS Koh Tsu Koon.

Sesungguhnya Gerakan dan MCA di P Pinang juga sudah hampir lumpuh.

Esok banyaklah wajah-wajah kusam yang akan muncul menaruh harapan, mengharapkan ganjaran dan suntinkan emosi. Adatlah umpan nak ditabur, maka bergelimpanganlah ikan timbul... pilihanraya pun makin hampir, manakala pilihanraya Sarawak sudahpun jelas. Silap haribulan esok, anggota Parlimen Bayan Baru DS Zahrain akan kelihatan lebih berbisa pengaruhnya daripada pimpinan Umno negeri.

Khabarnya Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang di bawah pimpinan Zahrain selaku presidennya juga semakin 'sakit perut' . Tentu Najib akan sudi memberi suntikan untuk menyamarakkan harapan peminat bola sepak Pulau Pinang.

Ayuh kita tunggu dan lihat apa nak jadi esok.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers