Akhirnya Misbun Sidek membuat keputusan ... menolak tawaran BAM untuk menjadi jurulatih badminton negara, khusus melahirkan pemain pelapis. Mungkin ramai di BAM yang sukacita .. tetapi hakikatnya akan ramai yang rugi.
Misbun berhak membuat keputusan sedemikian kerana hatinya telahpun terguris dek laporan dan kata-kata yang kadangkala kurang manis seolah-olah memperlekehkannya dan menyindirnya.
Tiada apa yang keliru. Ia jelas terbentang. Misbun menolak tawaran itu.
"KAMI semua keliru", kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.
Misbun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, semalam.
Semalam, dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BAM dipengerusikan Timbalan Presidennya, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah berkata semua ahli majlis menghormati dan menerima keputusan Misbun itu.
“Bila-bila masa Misbun mahu bersama semula kita, kita tidak halangan tetapi buat masa ini kita hormati keputusan Misbun,” katanya, mengenai kehilangan jurulatih badminton itu, semalam.
Ada yang beranggapan andai aspek gaji dalam kontrak baru diambil kira, perkara itu mungkin tidak menjadi masalah apabila jumlah yang ditawarkan dikhabarkan tidak berubah tetapi mungkinkah faktor ‘kehilangan’ Chong Wei yang terus terang mengatakan sudah selesa tanpa bimbingan mentornya itu menjadi penyumbang utama?
Berdasarkan rekod cemerlang sebagai jurulatih, Kok Chi mengharapkan Misbun kekal menjadi jurulatih biarpun di tempat lain berdasarkan umur jurulatih itu yang dikategorikan masih muda lagi.
“Kalau saya di tempat Misbun, saya akan menyahut cabaran baru membimbing atlit pelapis dan melahirkan lebih ramai jaguh bagi Sukan Olimpik 2016. Kalau ada peluang sebegitu, saya pun mahu terima apa lagi berpeluang melatih anaknya (Misbun Ramdan) yang berbakat besar,” katanya.
Ahli Majlis BAM, Datuk Sayed Abu Bakar Abdullah pula berkata: “Dia harus terima saja tawaran itu memajukan pemain negara. Dia tidak perlu lagi menjaga Chong Wei kerana pemain macam Chong Wei, letak mana-mana jurulatih pun boleh sebab dia memang sudah cemerlang.”
0 comments