You Are Here:
Home -
political concern
-
Kecoh Anwar Ibrahim diberkas polis...?
Kecoh Anwar Ibrahim diberkas polis...?
Posted by abewa on 8:33 AM //
0
comments
Kecoh seketika apabila tersebar berita kononnya DS Anwar Ibrahim telah ditahan polis semasa berceramah. Berita berkenaan tersebar pantas, namun hakikatnya dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) diberkas polis.
Kekecohan bermula apabila Anwar diarah berhenti menyampaikan ucapan semasa menghadiri majlis kempen DNA yang dihadiri lebih 1,500 orang di Gombak, malam tadi, menyebabkan dua pemuda itu dutahan.
Pada mulanya, kira-kira 10 anggota polis bertindak untuk menghalang ketua umum PKR itu berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.
Hadirin tidak kecewa dengan arahan itu sehingga kekecohan timbul. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.
Para penyokong berkumpul dan menghalang polis menghampiri pentas. Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudian mengguna perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.
Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas.
Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Helmi, dan seorang lagi tidak dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.
Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.
Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.
KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM
Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.
0 comments