Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - CheguBard yakin bukan Anwar Ibrahim

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin YAKIN BAHAWA individu dalam video lucah yang dihebohkan semasakini adalah bukan DS Anwar Ibrahim, hasil pengamatan beliau disogokan menonton video itu.

Beliau yang popular sebagai Chegubard berkata pelakon video itu bukan Anwar.

"Memang sekali imbas seakan Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu... itu bukan Anwar," katanya.

Menurutnya, beliau disogok agar melihat rakaman dalam video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu atas jemputan seorang lelaki bernama Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Katanya, beliau juga dipanggil agar dapat mendesak Wan Azizah dan Anwar supaya berhenti daripada mengetuai PKR dan meninggalkan politik.

"Untuk tujuan mendapatkan video itu, saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video tersebut," katanya.

Menurutnya beliau telah diminta memberi persetujuan untuk menjadi orang tengah bagi membawa video berkenan kepada Wan Azizah.

"Bagaimanapun. ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," katanya. azlan

Badrul Hisham juga berkata, beliau telah melihat rakaman video itu dua kali bersama Eskay dan juga seorang lagi yang dinamakannya sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

"Semasa itu Datuk (Eskay) memberi penerangan mengenai video itu dan dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 Mac.


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers