Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Rais menyanggahi laporan Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara jelas mencatatkan bahawa perkhidmatan Utusan Melayu (M) Bhd yang dianugerahi kontrak selaku ejen pemasaran masa siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) lemah dan kurang memuaskan.

Bagaimanapun Menteri berkenaan Datuk Rais Yatim menyanggahinya dengan menyifatkan kontrak itu dibuat atas "kepentingan negara."

Maka sudah terang lagi bersuluh, meskipun lemah ia tidak menjadi hal asal memenuhi kehendak negara ?

Laporan Ketua Audit Negara menyebut bahawa pengauditan antara Julai dan Disember 2009 mendapati secara umumnya, pengurusan aktiviti penjualan masa siaran iklan melalui radio dan TV serta kawalan hasil adalah kurang memuaskan.

Menurutnya, terdapat beberapa kelemahan seperti prestasi jualan masa siaran iklan yang tidak mencapai sasaran; percanggahan terma antara perjanjian kontrak dengan surat tawaran kerajaan mengenai jadual bayaran komisen dan aktiviti penjualan masa siaran iklan yang tidak mengikut peraturan.

Rais bagaimanapun berkata perlantikan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai ejen pemasaran masa siaran RTM bukanlah dibuat atas kepentingan perniagaan semata-mata, TETAPI sebaliknya, ia dibuat berdasarkan "kepentingan kenegaraan" berhubung persuratkhabaran dan berita.

Apa yang penting bagi negara diragui.. namun penting bagi Umno mungkin ada benarnya.

"Ia tidak seharusnya ditanggap mengikut wang ringgit sahaja," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis menandatangani kontrak baharu itu.

Tambahnya, beliau mengambil maklum saranan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara berhubung pelantikan syarikat berkenaan.

Namun, laporan berkenaan tidak menyatakan menyatakan kejayaan yang telah dicapai melalui pelantikan syarikat tersebut sebelum ini.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers