Memang saya kurang rajin (bukan malas) nak menulis akhir-akhir ini tetapi kadang-kala terpanggil untuk mengulas isu yang amat jengkel. Apatah lagi kalau akhir-akhir ini ramai yang bercakap itu sekadar celik tetapi tidak melihat.
Ini kes terbaru membabitkan mantan Perdana Menteri, Pak Lah yang masih mahu bersuara sedangkan beliau sudah dipinggirkan jauh oleh kalangan Umno sendiri.
Pak Lah berkata kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak perlu mewujudkan portfolio untuk menjaga hal ehwal bukan Islam kerana kerajaan pusat memang sentiasa menjaga kebajikan agama lain di negara ini.
Aduhhhh Pak Lah.. kenapa lah Yang Amat Mulia bersandiwara sedemikian rupa.. janganlah memberi pandangan sesedap rasa kalau tidak memperolehi maklumat benar dari serata alam Malaysia.
Apakah Pak Lah tidak dimaklumkan atau sengaja tidak mahu tahu bahawa KERAJAAN Negeri Perak yang tidak didaulatkan itu di bawah DS Zambry AK telahpun mewujudkan portfolio seumpama itu dengan diketuai oleh MCA.
Aduhai Pak Lah adalah lebih baik Yang Amat Mulia jangan bersuara jika gagal melihat dengan mata yang celik. Amatlah malang bagi seorang mantan PM membuat ulasan seumpama itu kerana ia umpama meludah ke langit semata-mata.
Rabu lalu, Lim yang juga Setiausaha Agong DAP mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.
0 comments